00:00Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan ketenangan dan penghayatan rohani.
00:04Namun, pada masa sama, ada individu mendakwa emosi mereka lebih mudah terganggu apabila berpuasa.
00:11Dalam hal ini, pegawai psikologi kanan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putera Malaysia UPM, Rafida Sadarudin,
00:19menjelaskan perubahan fisiologi pada tubuh manusia ketika berpuasa memainkan peranan besar dalam mencetuskan emosi tertentu.
00:28Rafida berkata, antara emosi paling lazim dikaitkan dengan Ramadan ialah rasa marah atau cepat berang.
00:34Emosi yang selalu dihadapi ketika Ramadan ini, kalau kita tengoklah kan, dikaitkan dengan perasaan marah.
00:41Kadang-kadang itu bila kita dalam keadaan lapar dan juga kita dalam keadaan nak marah itu, dia cepat mencetus.
00:47Ada orang kata dia hungry. Hungry, dia angry, campur dengan lapar. Hungry.
00:52Jadi, dua benda ini bergabung menyebabkan kita cepat marah dan juga ini disebabkan oleh paras gula kita makin lemah, makin
01:01berkurang.
01:01Jadi, kita cepat marah itu menyebabkan kita akan rasa emosi kita terganggu disebabkan perkara ini.
01:07Namun, beliau menegaskan, Ramadan juga menjadi masa terbaik untuk membina ketenangan dalaman dan mengurus emosi secara lebih sihat.
01:14Rafidah menyarankan supaya individu belajar melepaskan sampah-sampah emosi yang dipendam sebagai strategi mengawalnya semasa berpuasa.
01:23Kita cuba buang sampah-sampah emosi kita. Kita kena memaafkan semua orang. Bila kita memaafkan semua orang, insyaAllah kita lebih
01:33tenang sebenarnya.
01:34Bila kita memaafkan semua orang, bukan untuk diri dia tapi sebenarnya untuk diri kita.
01:38Jadi, sebelum kita tidur itu kan, kita maafkan semua orang. Kita kata bahawa, ya Allah tentu, aku maafkan semua orang
01:45yang menyakiti diriku supaya aku lebih bagus pada keesokan hari ini dan aku lebih tenang.
01:50Kita kena lebih banyakkan bersyukur, bersyukur, bersyukur. Sebab bila kita bersyukur, konsep kesyukuran ini akan kembali balik pada diri kita.
01:58Beliau berkongsi pandangan itu dalam program Awal Dipagi yang membincangkan mengenai strategi mengurus emosi dan psikologi di bulan Ramadan semasa
02:06berpuasa.
02:08Terima kasih.
Comments