Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan Op Pantau menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup akan melaksanakan Op Pantau menjelang Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.
00:07Menterinya Dato' Armizan Muhammad Ali berkata Op Pantau akan dilakukan selama sebulan bermula 19 Februari ini.
00:17Katanya Op Pantau pada tahun lalu melibatkan pemeriksaan lebih 70,000 premis di seluruh negara dengan 390 kes dikesan.
00:24Beliau menjelaskan pegawai penguatkuasa KPDN akan ditempatkan di lokasi strategik termasuk pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan platform idagang.
00:34Selain daripada premis-premis konvensional, premis-premis fizikal ini kita juga akan memantau.
00:40Untuk kali ini kita akan memberi tumpuan juga melihat, memantau dan melakukan penguatkuasaan terhadap penjualan atas talian.
00:49Sebab kita melihat perubahan yang cukup besar dalam tren kepenggunaan, rakyat kita sudah banyak membeli secara online.
00:59Jadi itu juga perlu dipantau untuk memastikan tidak ada promosi yang mengelirukan.
01:06Untuk memastikan contohnya bila ditetapkan berapa tempoh penghantaran.
01:12Jangan sampai ada barang yang sampai raya pun tidak sampai-sampai itu barang.
01:18Jadi kita melihat supaya penjualan secara online ini juga tidak bertentangan dengan undang-undang yang berkuatkuasa.
01:35Armizan berkata peniaga yang gagal mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan tegas di bawah akta berkaitan termasuk denda yang tinggi.
01:42Orang ramai juga digeser menyalurkan maklumat atau aduan melalui saluran rasmi KPDN bagi memastikan pasaran kekal telus dan adil sepanjang
01:51musim perayaan.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended