Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pusingan rundingan seterusnya akan berlangsung pada Selasa dan Rabu di Geneva.
Transcript
00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan harapan agar perbincangan yang serius dan substantif dapat dicapai dalam rundingan damai akan datang bersama
00:09Rusia dan Amerika Syarikat di Geneva.
00:12Ujar beliau, Ukraine benar-benar berharap mesyuarat trilateral pada minggu depan akan memberi manfaat kepada semua.
00:20Zelensky berkata demikian semasa berucap pada persidangan keselamatan Munich di Jerman.
00:25Katanya dalam rundingan trilateral tersebut, Amerika terlalu kerap membincangkan topik mengenai konsesi dengan Ukraine dan bukannya dengan Rusia.
00:32Amerika terlalu kembali ke topik mengenai konsesi dan terlalu banyak dikongsi di konteks hanya Ukraine, bukan Rusia.
00:47Eropah praktikal tidak ada di tempat. Ini kesalahan besar pada pikiran saya.
00:54Pada akhir Januari dan awal Februari, dua pusingan rundingan kumpulan kerja keselamatan yang melibatkan wakil dari Ukraine, Rusia dan Amerika
01:02telah diadakan di Abu Dhabi di Emirah Arab Bersatu.
01:06Ukraine dan Rusia bersetuju untuk melakukan pertukaran tawanan secara besar-besaran.
01:11Bagaimanapun, kedua-dua negara gagal mencapai kejayaan dalam isu teras seperti pengaturan wilayah dan gencatan senjata.
01:18Pusingan rundingan seterusnya akan berlangsung pada Selasa dan Rabu di Geneva.
01:23Juru cakap Kremlin, Dmitry Preskov berkata delegasi Rusia akan diketuai oleh pembantu Presiden Vladimir Medinsky.
Comments

Recommended