Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Langkah itu dipercayai susulan pendirian syarikat itu yang enggan menarik balik beberapa sekatan mengenai bagaimana tentera Amerika Syarikat boleh menggunakan model kecerdasan buatan (AI) mereka.
Transcript
00:00Pentagon sedang mempertimbangkan untuk menamatkan hubungannya dengan syarikat kecerdasan buatan Antropic.
00:06Langkah itu dikatakan kerana pendirian syarikat itu yang enggan menarik balik beberapa sekatan mengenai bagaimana tentera Amerika Syarikat boleh menggunakan
00:16model kecerdasan buatan AI mereka.
00:19Lapor media tempatan, Pentagon menekan empat syarikat AI supaya membenarkan tentera menggunakan alat mereka untuk semua tujuan yang sah.
00:27Ini termasuk pembangunan senjata, pengumpulan risikan dan operasi medan perang.
00:33Bagaimanapun, Antropic belum bersetuju dengan syarat tersebut dan Pentagon dikatakan semakin hilang sabar selepas berbulan-bulan rundingan.
00:41Syarikat lain yang terlibat termasuk OpenAI, Google dan XAI.
00:45Akbar Wall Street Journal pada Jumat melaporkan model AI Antropic Cloud telah digunakan dalam operasi ketenteraan Amerika untuk menangkap bekas
00:53Presiden Venezuela, Nicolás Maduro.
00:55Ia dilakukan menerusi kerjasama Antropic dengan syarikat data Palantir.
01:00Reuters turut melaporkan pada Rabu, Pentagon menekankan syarikat-syarikat AI utama termasuk OpenAI dan Antropic
01:06supaya menjadikan alat kecerdasan buatan mereka tersedia pada rangkaian sudut kerajaan tanpa banyak sekatan standar yang biasanya dikenakan kepada pengguna.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended