00:00Warga Aceh menghargai jasa Sukarelawan One Malaysia yang membantu membersihkan kediaman mangsa banjir di Aceh dengan kerjasama agensi penguatkuasa di
00:09Indonesia.
00:10Sukarelawan dari Tenaga Kesejahteraan Sosial Kecamatan TKSK, Fandi Irawan berkata, kumpulan itu telah bertugas di lapangan selama sembilan hari menggunakan
00:21jengkaut bagi mempercepat proses pembersihan, terutamanya ketika penduduk sebelum ini menghadapi kekurangan peralatan.
00:31Menurut Fandi, pada masa sama pihak Tentera Negara Indonesia TNI dan Agensi Nasional Pengurusan Bencana BNPB turut mengulurkan bantuan melalui
00:41mekanisme sama.
00:42Kalau ini memang sangat bermanfaat kerana masyarakat rumahnya bisa langsung dibersihkan. Jadi harta benda yang ada di rumah itu bisa
00:49diambil kembali, ada surat-surat tanah atau ada macam-macam yang masih dimanfaatkan di rumah tersebut.
00:58Dan masyarakat mengucapkan rasa syukur yang sangat berterima kasih kerana disediakan eskavator dari pihak Relawan Voluntary One Malaysia sampai hari
01:12ini masih bekerja.
01:13Beliau berkata demikian semasa wawancara Esro Awani pada Ahad.
01:17Difahamkan sebelum penduduk menerima bantuan tersebut, mereka harus membayar sewa untuk membersihkan lumpur dari kediaman mereka.
01:25Kejadian banji lumpur dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Aceh pada 26 November lalu telah mengakibatkan ribuan rumah
01:34tenggelam hampir satu meter
01:36menyebabkan penduduk yang terkesan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dan asrama hunian sementara.
Comments