Skip to playerSkip to main content
Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebaliknya kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi yang berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion bagi petrol dan RM5 bilion bagi diesel.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767700/berita/nasional/kerajaan-tolak-pendekatan-pengapungan-harga-pilih-lindungi-rakyat---pm

#SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #Parlimen
Transcript
00:00RON95 ini Alhamdulillah adalah berita baik bagi negara
00:04kerana tak banyak negara yang mengambil pendirian untuk melaksanakan penyasaran subsidi
00:12kerana risiko dan juga penerimaan rakyat itu
00:18seperti mana kita sedia maklum agak mencabar
00:22tapi Alhamdulillah bila dilaksanakan diterima baik
00:28pertama kita tidak ada banyak pilihan
00:31kerana ketirisan akibat daripada subsidi yang tidak bersasar ini terlalu tinggi
00:40dan kedua kita telah akui bahawa kenyataan sekarang ini adalah lebih baik
00:52sekiranya dilaksanakan secara berfasa tetapi tidak menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak
01:01itu prinsip yang dikenal
01:03jadi seperti yang saya pernah tegaskan di parlamen sebelum ini
01:08kita tidak memilih untuk menerima pendekatan bank dunia dan beberapa pakar ekonomi
01:17yang mahu kita laksanakan cara pengapungan
01:22dan bila kita apungkan harga katalah sekitar 13 ribu ringgit satu keluarga
01:29yang selebihnya itu mesti akan diberikan bantuan
01:35tapi kita fikir itu akan membebankan rakyat terbanyak
01:39selamat menikmati
Comments

Recommended