Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
TERAJU hari ini mengumumkan pendekatan baharu bagi memperkukuh penskalaan syarikat Bumiputera dengan penekanan kepada penciptaan nilai dan peningkatan daya saing jangka panjang.

Menerusi majlis TERAJU Aspirasi Outreach 2026, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi Berkata, fokus kini beralih daripada sekadar jumlah penyaluran pembiayaan kepada keupayaan syarikat mencipta nilai, menarik pelaburan dan menembusi segmen pasaran bernilai tinggi.
Transcript
00:00Teraju hari ini mengumumkan pendekatan baru bagi memperkukuh
00:03penskalaan syarikat Bumi Putera dengan penekanan kepada
00:07penciptaan nilai dan peningkatan daya saing jangka panjang.
00:11Menuruti Majlis Teraju Aspirasi Outreach 2026,
00:15Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Junadi Nawawi berkata,
00:18fokus gini beralih daripada sekadar jumlah penyaluran
00:21pembiayaan kepada keupayaan syarikat mencipta nilai,
00:25menarik pelaburan dan menembusi segmen pasaran bernilai tinggi.
00:30Tahun ini, Teraju bukan sahaja melaksanakan program-program
00:34penskalaan syarikat, malah memperkenalkan program yang
00:37memfokuskan peningkatan dan penskalaan nilai secara lebih
00:41menyeluruh. Daripada syarikat yang telah menerima
00:45pembiayaan BECF dan IWCPF, Teraju akan mengalpasti syarikat
00:49yang berpotensi tinggi untuk dipacu ke peringkat seterusnya.
00:54Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Teraju
00:57Aspirasi Outreach 2026 di Petaling Jaya pada Rabu.
01:01Junadi turut memaklumkan empat program baru diperkenalkan tahun ini
01:05bagi memperkasa keupayaan organisasi serta menyediakan laluan
01:09pengembangan strategik kepada syarikat berpotensi tinggi.
01:13Pendekatan itu turut memberi tumpuan kepada segmen yang dikenalpasti
01:17sebagai Missing Middle atau syarikat yang mempunyai asas operasi kukuh
01:22namun berdepan kekangan untuk berkembang secara lebih agresif.
01:26Lebih RM1 bilion pembiayaan disalurkan pada 2025 yang mana 840 syarikat
01:33dari pelbagai sektor mendapat manfaat langsung.
01:36Program Outreach ini akan diperluas ke seluruh negara
01:40termasuk Sabah dan Sarawak
01:42bagi memastikan akses yang lebih inklusif dan tidak tertumpu
01:46di kawasan bandar semata-mata.
Comments

Recommended