Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Shamsul Azri menekankan pencapaian ini bukan sekadar angka statistik, tetapi hasil daripada usaha bersepadu kerajaan dalam memperkukuh sistem tatakelola baik, penguatkuasaan undang-undang, dan kolaborasi antara sektor awam dan swasta.
Transcript
00:00Ketua Setiausaha Negara Tansi Syamsul Azri Abu Bakar menegaskan peningkatan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah CPI 2025 adalah bukti nyata komitmen kerajaan untuk memperkukuh integriti dan tata kelola awam di semua peringkat.
00:16Menurut Transparency International atau TI Malaysia, negara kini berada di tangga ke-54, naik daripada ke-57 pada tahun sebelumnya dengan skor 52 mata berbanding 50 mata bagi 2024 dan 2023.
00:31Dalam kenyataannya, Syamsul Azri menekankan pencapaian ini bukan sekadar angka statistik tetapi hasil daripada usaha bersepadu kerajaan dalam memperkukuh sistem tata kelola baik, penguatkuasaan undang-undang dan kolaborasi antara sektor awam dan swasta.
00:48Beliau menjelaskan kerajaan akan terus memperkasakan inisiatif anti-rasuah sedia ada serta memastikan nilai integriti benar-benar dihayati dalam kalangan penjawat awam melalui modul pengukuhan governance, integriti dan anti-rasuah.
01:03Usaha ini juga memastikan semua perolehan kerajaan dijalankan dengan berintegriti melalui penguatkuasaan Akta Perolehan Kerajaan.
01:10Selain itu, Syamsul Azri berkata kerajaan akan melancarkan strategi pembudayaan integriti nasional, memperkukuh sistem pengurusan integriti serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui Akta Iltizam.
01:24Jelas beliau pembaharuan undang-undang dan institusi diteruskan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor awam, menjadikan integriti sebagai tunjang dalam pentadbiran negara.
Comments

Recommended