Skip to playerSkip to main content
  • 47 minutes ago
Menteri Komunikasi Anika Wells menulis surat rasmi meminta mesyuarat segera dengan pengurusan Roblox untuk mendapatkan penjelasan berhubung langkah keselamatan yang sedang dan akan diambil, menyifatkan laporan sebagai "menggerunkan".
Transcript
00:00Kerajaan Australia mengeluarkan amaran keras kepada platform permainan popular Roblox. Ia susulan kebimbangan meningkat terhadap kegiatan antun seksual kanak-kanak atau child grooming dan pendedahan kepada kandungan ganas serta lucah yang didakwa mudah diakses pengguna bawah umur.
00:18Menteri Komunikasi Anika Wells berkata beliau telah menulis surat rasmi meminta mesyuarat segera dengan pengurusan Roblox untuk mendapatkan penjelasan berhubung langkah keselamatan yang sedang dan akan diambil.
00:33Wells menyifatkan laporan diterima sebagai menakutkan termasuk dawaan kanak-kanak seawal 4 atau 5 tahun boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai di jana pengguna.
00:44Tegasnya tindakan segera diperlukan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak yang berinteraksi di platform itu.
00:51Roblox yang mempunyai antara 100 hingga 150 juta pengguna aktif harian dengan kira-kira 40% daripadanya bawah 13 tahun.
00:59Sudah lama dikritik kerana gagal mengekang kandungan berbahaya serta interaksi mencurigakan antara orang dewasa dan kanak-kanak.
01:07Susulan tekanan awam dan kerajaan suruhan jaya e-safety Australia minggu lalu mengeluarkan notis pihaknya akan menguji secara langsung komitmen keselamatan yang dibuat Roblox tahun lalu.
01:19Antara komitmen itu termasuk menjadikan akaun bawah 16 tahun sebagai peribadi secara automatik mengehadkan interaksi dengan pengguna dewasa serta mengaktifkan sistem pengesahan umur sebelum komunikasi dalam talian dibenarkan.
01:34Kerajaan Australia turut menilai semula klasifikasi PG Parental Guidance diberikan kepada Roblox memandangkan penilaian terakhir dibuat pada 2018.
01:44Dalam kenyataan balas kepada media, Roblox berkata pihaknya mempunyai dasar keselamatan yang kukuh serta mengalu-alukan peluang untuk menjelaskan usaha mereka kepada kerajaan Australia.
Comments

Recommended