Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua kerja pengorekan dan penyelenggaraan jalan dihenti sementara sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua kerja pengorekan dan penyelenggaraan jalan dihentikan sementara bagi menjamin kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya sempena sambutan Tahun Baharu China.
00:13Ex-Ko Kerja Raya Infrastruktur Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hamid Maitin Kunju Bashir berkata tempoh itu melibatkan dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan.
00:24Hamid berkata langkah tersebut diambil susulan jangkaan kira-kira 400 ribu kenderaan akan memasuki Melaka melalui tiga pintu masuk bertul di negeri berkenaan.
00:36Beliau memaklumkan arahan itu terpakai kepada semua kerja pengorekan jalan raya sama ada melibatkan kontraktor swasta maupun kerajaan dan akan dipantau oleh bahagian koridor infrastruktur dan impak sosial Melaka serta Jabatan Kerja Raya Negeri.
00:51Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kontraktor yang didapati menjalankan kerja tanpa kebenaran dalam tempoh tersebut.
00:59Bagi kes kecemasan seperti kebocoran pipe atau gangguan bekalan elektrik melibatkan kabel bawah tanah, permohonan khas perlu dikemukakan.
01:07Dalam pada itu, operasi khas Tahun Baru China 2026 melibatkan 112 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang akan melakukan pemantauan serta aktiviti advokasi di jalan raya, terminal bas, kawasan rehat dan rawat serta lokasi tumpuan ramai di seluruh negeri.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended