Skip to playerSkip to main content
  • 45 minutes ago
Sekurang-kurangnya 14 maut manakala lebih 120,000 penduduk kehilangan tempat tinggal atau terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan lebih 16 daerah di utara Colombia.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 14 maut manakala lebih 120,000 penduduk kehilangan tempat tinggal atau terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan lebih 16 daerah di utara Kolombia.
00:13Menurut laporan media tempatan, keadaan berlaku akibat krisis iklim yang teruk melanda utara negara itu apabila taburan hujan luar biasa.
00:20Pengarah Unit Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan UNGRD Carlos Carrillo berkata, taburan hujan di Cordoba melonjak sebanyak 1,600%.
00:32Tegasnya, paras air seperti ini tidak pernah direkodkan pada Februari yang lazimnya merupakan bulan paling kering di wilayah itu.
00:39Setakat Isnin, lebih 40,000 hektare tanah kini ditelenggami air.
00:43Kemusnahan yang berlaku adalah meluas dan paling teruk terjejas ialah kawasan pedalaman dengan infrastruktur tempatan serta sistem kesihatan berada pada tahap kritikal.
00:54Gubernur Cordoba, Irasmo Zuleta mengesahkan bahawa 80% wilayah itu kini ditelenggami air.
01:01Seluruh kawasan perumahan dinaiki air sehingga ke paras bumbuk menekala laluan akses utama terputus.
01:06Di La Guahira dan Magdalena, hujan berterusan melebihi 12 jam menyebabkan sungai melimpah dan melumpuhkan pergerakan.
01:15Mangsa di pusat penempatan sementara yang sesak sekaligus meningkatkan risiko masalah kesihatan.
01:20Keadaan diburukkan dengan kekurangan air bersih selain masalah sanitasi.
01:25Bekalan keperluan asas termasuk makanan, tilam dan barangan kebersihan asas berada pada tahap kritikal apabila pusat penempatan sementara mencapai kapasiti maksimum.
01:34Kerajaan sedang mempertimbangkan pengisytiharan darurat ekonomi bagi mempercepat penyeluruhan dana dan sumber bantuan.
Comments

Recommended