Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Mahkamah Tinggi kuala lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak pada setiap masa menyedari keadaan akaun peribadi AmBank miliknya dan secara aktif menggunakan akaun berkenaan bagi tujuan pengeluaran cek.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada selasa diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak pada setiap masa
00:06menyedari keadaan akaun peribadi M-Bank miliknya dan secara aktif menggunakan akaun berkenaan bagi tujuan pengeluaran cek.
00:16Bekas pengurus perhubungan M-Bank, Juana Yu Gingping berkata,
00:20ahli perniagaan dalam buruan, Lo Tejo atau Jolo, beberapa kali berhubung dengannya menerusi perbualan Blackberry Messenger, BBM,
00:28bagi mendapatkan kepastian sama ada akaun Bank Najib berada dalam keadaan terlebih pengeluaran.
00:38Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Peguam SRC International Sendirian Berhad, Kuan Wilson,
00:46dalam saman sivil RM42 juta yang difilkan SRC bersama anak syarikatnya,
00:51gandingan mentari Sendirian Berhad terhadap bekas Perdana Menteri itu.
00:55Beliau turut bersetuju dengan cadangan Wilson bahawa Najib pada hakikatnya
01:00mengarahkan atau meminta Jolo menghubunginya bagi memastikan transaksi kad kredit defendant berjalan lancar.
01:08Apabila dicadangkan bahawa keadaan itu menunjukkan Najib sepenuhnya menyedari urusan akaun terbabit
01:14dan membelanjakan perbelanjaan daripadanya,
01:16Juana menjawab,
01:17Sementara itu ketika pemeriksaan semula oleh Peguam Najib,
01:23Muhammad Farhan Muhammad Syafi,
01:25Juana bersetuju bahawa sepanjang tempoh beliau bertindak sebagai pengurus perhubungan bagi akaun Najib
01:30dari 2011 hingga 2015.
01:33Beliau percaya wang yang dikreditkan ke dalam akaun berkenaan
01:36adalah dana derma seperti yang diwakili oleh Jolo.
01:40Saman sivil yang difilkan pada 2021 oleh SRC dan gandingan mentari itu
01:46menuntut pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta
01:50serta ganti rugi bagi penerimaan yang mengetahui
01:54bantuan secara tidak jujur,
01:56salah laku dalam jawatan awam dan penyalahgunaan kuasa.
02:01Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok.
02:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended