Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Malaysia Aviation Group meningkatkan kapasiti penerbangan domestik dengan menyediakan lebih 2,700 penerbangan tambahan sempena musim perayaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia.
Transcript
00:00Malaysia Aviation Group, MAG akan menambah lebih 2,700 penerbangan domestik sempena musim perayaan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi memenuhi permintaan tinggi serta memberi keselesaan kepada penumpang.
00:14Langkah itu melibatkan Malaysia Airlines dan Firefly dengan penawaran tambahan kapasiti laluan baharu serta tambang tetap bagi destinasi terpilih.
00:23MAG memaklumkan sehingga 2,733 penerbangan akan disediakan sepanjang musim perayaan dengan Malaysia Airlines mengendalikan sehingga 1,557 penerbangan manakala Firefly menyediakan 1,176 penerbangan domestik.
00:42Penambahan jadual penerbangan itu meliputi destinasi utama di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bagi memenuhi permintaan tinggi sepanjang musim puncak.
00:50Bagi laluan bertrafik tinggi, Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat berkapasiti lebih besar melibatkan destinasi seperti Alustar, Kota Baru, Terengganu, Miri, Sibu, Kuching, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
01:03Penerbangan waktu malam turut diperkenalkan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Kuching bagi memaksimumkan pilihan perjalanan penumpang.
01:10Dalam usaha menarik lebih ramai pengguna, kedua-dua syarikat menawarkan tambang tetap bagi laluan ke Malaysia Timur dengan Malaysia Airlines menetapkan harga bermula RM339 ke Sarawak dan RM399 ke Sabah
01:24manakala Firefly menawarkan tambang dari RM298 ke Sarawak dan RM348 ke Sabah.
01:33MAG juga menetapkan tambang maksimum bagi menyokong inisiatif kerajaan iaitu RM569 untuk Malaysia Airlines dan RM548 bagi Firefly bagi tempoh perjalanan 17 hingga 20 Mac 2026.
01:46Tambang tersebut boleh dibeli sehingga 29 Mac 2026 untuk tempoh perjalanan antara 17 hingga 29 Mac 2026 melalui laman web dan aplikasi muda alih rasmi masing-masing.
Comments

Recommended