- 1 week ago
Malaysia memasuki fasa pilihan raya dengan tumpuan kepada kesan terhadap disiplin fiskal, sasaran defisit, sentimen pelabur asing dan reaksi pasaran. Diskusi ini menilai sama ada ketidakpastian politik boleh mempengaruhi hala tuju ekonomi dan hasil negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, untuk segment pada kali ini kita akan melihat bagaimanakah perkembangan Malaysia di mana telah memasuki fasa mod pilihan raya dan ini bukan sekadar cerita politik.
00:09Setiap kitaran pilihan raya membawa implikasi langsung kepada disiplin fiskal, kekerjaan pelabur, hala tuju dasar dan kestabilan pasaran.
00:17Persoalannya, adakah ketidakpastian politik akan memperlahankan informasi, menekan sasaran defisit atau mengubah sentimen pelaburan.
00:24Dalam sejap ini kita akan melihat risiko sebenar di sebalik dinamik politik dan memahami bagaimana musim pilihan raya boleh membentuk keputusan ekonomi negara.
00:32Sudah bersedia dalam talian untuk mula selebih lanjut adalah Dr. Mohd Abzanizah, Ador Rashid, Ketua Ekonomi BEM Malaysia Berhad.
00:40Saya nak ucapkan terima kasih, Dr.
00:42Pertama sekali, apabila kita melihat kepada mod pilihan raya, sudah tentu pelbagai ketidakpastian siapa yang akan memimpin, bagaimanakah polisi selepas ini.
00:52Dan paling penting, bagaimanakah hala tuju Malaysia. Adakah melihat kepada perkara ini, disiplin fiskal biasanya longgar apabila menghampiri pilihan raya, bagaimana pandangan Dr.?
01:03Baik, terima kasih dah. Saya kira ini satu perusahaan yang begitu menarik untuk dibincangkan kerana perkaitan antara ekonomi dan politik itu sebenarnya dan secara hakikannya adalah begitu rapat.
01:15Kerana bila kita berbicara berkenaan dasar fiskal itu utamanya, dia akan berkait rapat tentang percugaian dan juga perbelanjaan.
01:25Namun, dari segi badan eksekutif yang mentakbirnya itu, sudah pasti dipelopori oleh golongan ahli politik lah.
01:36Dan di sini bagaimana perkaitan politik dan dasar ekonomi itu sangat-sangat rapat.
01:41Namun, sekiranya kita melihat beberapa episod yang lepas, terutamanya yang baru-baru ini, pilihan raya di Jepun yang mana parti LDP telah pun menang secara landslide
01:56dan antara perkara yang dilihat ataupun dasarnya memacu tersebut adalah perkenaan dasar yang dilihat agak populis, terutamanya perkenaan percugaian.
02:06Namun, setelah menang secara besar-besaran, menang bergaya, Perdana Menteri Sani Takaichi apabila belum berbicara perkenaan dasar fiskal, terdapat suatu, orang kata itu, mode yang berhati-hati apabila berbicara tentang disiplin fiskal dan juga dasar yang mahu dilaksanakan.
02:26Dan sebelum itu juga, kalau kita lihat pada tahun 2022, Perdana Menteri UK, Lee Struss pada ketika itu hanya memerintah dalam sekitar 44 hari sahaja
02:37kerana beliau dikatakan telah dipenalize atau dihukum oleh pasaran keuangan akibat dasar populis yang tidak mempunyai kredibiliti.
02:45Justru dalam kes ini bergerak kehadapan untuk Malaysia, apakah yang bakal kita bakal saksikan, sudah pasti suatu pertimbangan yang bijaksana perlu dilaksanakan.
02:56Pertama, kita faham ahli politik perlu, orang kata itu, mendapatkan skor ataupun politik yang maling dan sebagainya.
03:03Namun pada masa sama, peserta pasaran modal, pasaran bond, pasaran equity dan pasaran matawang akan terus memantau dasar-dasar yang bakal dilaksanakan.
03:14Dan sekiranya tiada kredibiliti, itu bakal menghukum ekonomi Malaysia seperti yang telah berlaku pada ekonomi lain seperti di UK dan sebagainya.
03:23Saya kira itu akan membantu bagaimana kerajaan ataupun ahli politik membina naratif supaya kesimbangan dapat bercapai.
03:35Satu, bagaimana menang pilihan negaya. Kedua, bagaimana dasar ekonomi yang bertanggungjawab dapat dilaksanakan.
03:41Itu satu percaturan yang akan kita saksikan pada akan datang ini.
03:45Satu percaturan yang akan menjadi sedentuh hangat bukan sahaja untuk para petakbir yang akan terlibat dalam pilihan raya itu, tapi untuk rakyat itu juga.
03:56Dan sejauh mana kalau kita lihat pelabur asing sebenarnya sensitif kepada kitaran pilihan raya Malaysia?
04:01Kalau kita lihat memang setiap kali pilihan raya akan berada satu suasana yang menariklah yang akan kita saksikan.
04:11Terutamanya berkenaan pasaran ekuiti dan kebiasaannya kita akan lihat sebelum, ketika dan selepas.
04:17Dan sememangnya ada sebenarnya kesannya itu terhadap pergerakan pasaran saham itu utamanya dan juga pasaran bon dan sebagainya.
04:26Namun saya kira dasar yang saya kira dibawa oleh kerajaan sekarang ini dikira telah pun mendapat satu periktirafan yang baik di kalangan komuniti pasaran keuangan lah.
04:41Terutamanya kalau kita lihat bagaimana kredit rating agensi, agensi penarafan memberi satu periktirafan bagaimana dasar yang bersifat reform ini membantu dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit.
04:52Dan perkara ini menerjemahkan dalam penekatan mata wang ringgit, dalam tahun lalu menekat 10% dan kini masih lagi bergerak di bawah paras, bawah RM4 seunit di USD.
05:03Dan kemudian kita dapat lihat indeks FBMKS yang terus beredar dalam mood yang lebih 1,700 mata.
05:12Jadi kalau nak kata apakah yang bakal di ataupun respon di kalangan peralatan pelabur itu akan sudah pasti akan menjadi satu pusat utama.
05:21Namun di sini terletaknya bagaimana kerajaan ataupun ahli politik meletakkan suatu kredibiliti yang jelas
05:28dan pertimbangan yang seimbang ini sudah pasti akan dibayarlah ataupun premium yang akan dibayar oleh para pelabur dan itu yang mahu sepatut dicapailah.
05:39Jadi kita sebenarnya melihat satu dinamika yang begitu menarik untuk tempoh-tempoh akan datang ini.
05:45Dan bila kita akan menantikan satu dinamika yang menarik pada tahun yang akan datang ini,
05:52secara realiti, adakah tahun perapilihan raya lazimnya menekan sasaran defisit itu, Doktor?
05:58Kalau nak kata ruang kerajaan untuk berbelanja itu semuanya memang ada.
06:06Cuma kalau kita lihat kerangka sasaran, masih lagi dalam keadaan defisit.
06:12Itu berarti kerajaan sebenarnya masih lagi berbelanja melebihi daripada apa yang dikutip ataupun nasi yang dikutip.
06:19Cuma degree ataupun darjah defisit tersebut tidak akan terus mengecil.
06:23Tahun ini sebagai contoh 3.5%, berkemungkinan tahun dapat juga mungkin dalam sekitar antara 3% hingga 3.3%.
06:30Jadi kerangka yang defisit spending ataupun perbelanjaan defisit ini masih menjadi kerangka utama.
06:38Dan itu berarti kerajaan masih lagi berbelanja dengan lebih lagi.
06:40Namun apa yang menjadi persoalan, apakah agenda utama apabila mereka mahu berbelanja itu?
06:47Adakah perbelanjaan bayaran pindahan seperti STR dan sara itu merupakan tunggak utama
06:54ataupun perbelanjaan yang bersifat reformis seperti mahu berbelanja dalam sektor pendidikan,
06:59dalam sektor kesihatan yang kita tahu sektor kesihatan ini inflasi, sektor perubatan dilihat masih meruncing dan sebagainya.
07:07Adakah itu yang akan telaksanakan? Jadi kebijaksanaan dalam menimbang isu-isu ekonomi
07:13dan mahu skor dalam politikal malis itu, itu yang akan dipartikan oleh para peserta-pesaran nanti.
07:20Sudah tentu kita akan memahami pasaran.
07:23Biasanya price in risiko pilihan raya ini pada fasa mana sebenarnya doktor?
07:27Seawal naratif mula terbina ke, angkatkan manifesto atau hanya bila risiko jadi nyata
07:33apabila ada calon, tarikh ataupun manifesto keputusan itu sendiri?
07:37Saya tak pastilah dari segi percantaran politik tersebut.
07:42Tapi yang kita pasti jadual pilihan raya itu semakin lama semakin hampir.
07:48Sekurang-kurangnya tahun hadapan dan sebagainya.
07:49Tapi saya percaya persiapan itu akan dilaksanakan seawal mungkin.
07:53Dan kalau kita bercakap tentang pilihan raya negeri pun tahun ini bakal berlaku beberapa pilihan raya negeri dan sebagainya.
07:59Jadi sudah pasti naratifnya itu perlu dilaksanakan seawal mungkin.
08:03Dan saya kira para peserta-pesaran akan terus memantau perkara ini.
08:07Adakah disiplin fisik itu akan dikompromi dan sebagainya itu akan diperhatikan.
08:12Namun buat masa ini kalau kita lihat trajectory bagi defisit ini masih lagi dalam trajectory yang mengecil.
08:20Justru itu menunjukkan bahawa selera kerajaan yang mahukan untuk mengurangkan, mengecilkan defisit ini masih lagi jelas kelihatan.
08:31Dan kalau kita bercakap mengenai election setelah tentu kita akan melihat juga kepada runingan hasil dan sumber melibatkan Sabah dan Sarawak.
08:39Sejauh mana ia boleh mengubah unjuran hasil persekutuan ruang fiskal serta sentimen pasaran terhadap risiko dasar?
08:46Baik. Saya rasa kita berhadapan dengan satu situasi dinamika yang berbezalah dengan tahun-tahun ataupun dekat-dekat yang lepas.
08:56Kerana kita lihat situasi seperti di Sabah dan Sarawak dari segi otonomi ekonominya itu.
09:02Saya percaya beberapa negeri di Semenanjung pun juga mahu ke arah tersebut.
09:05Jadi berkenaan dengan otonomi ekonomi ini perlu diurus dengan sebaik mungkin.
09:11Perkara yang kita perlu akui bahawa pentadbiran dari segi pembangunan ekonomi sememangnya di peringkat negeri itu sepatutnya mereka tahu apa yang mahu dilakukan.
09:24Namun di peringkat persekutuan juga perlu mencapai satu kesimbangan.
09:30Jadi dinamika ini yang kita akan saksikan bagaimana ia mencapai suatu kesimbangan yang baik.
09:36Baik Doktor, kalau kita lihat sejak pandemik COVID-19, pasca COVID-19 kita lihat kejutan ekonomi bukan sahaja di peringkat domestik tapi di peringkat geopolitik semakin meningkat, semakin tegang.
09:50Dan paling penting untuk kita teliti situasi ini, jika kejutan ekonomi geopolitik berlaku serentak dengan musim pilihan raya domestik, risiko paling besar kepada pasaran datang sebenarnya daripada apa?
10:02Aliran keluar dana, volatiliti ringgit, kadar faedah atau ketidakpastian dasar?
10:07Dan paling penting sekali bagaimana pelabur patut lindungi portfolio?
10:11Kebiasaannya apabila berlaku ketidakpastian yang begitu tinggi, terutamanya yang berlaku di sektor luaran,
10:22kebiasaannya instrumen yang kata sebagai safe haven akan mendapat tempatlah, terutamanya dalam pasaran bond, terutamanya dalam US Treasury dan sebagainya.
10:36Kalau dahulu kita bercakap tentang mata wang dolar, namun sekarang ini kita dapat lihat apa yang dikatakan sebagai instrumen selamat itu,
10:45setelah pun safe haven itu, dilihat sudah pun berubah kepada sektor berkenaan dengan precious metal,
10:52seperti emas, perak dan sebagainya.
10:55Jadi mood dari segi ketidakpastian ekonomi, kemudian bagaimana pasaran ataupun peserta perabur untuk berlindung terhadap risiko tersebut,
11:03masih lagi berlaku, cuma pilihan instrumen itu mungkin sudah bertukar.
11:07Daripada dulu berasaskan US dollar, sekarang ini mungkin berasaskan kepada sektor berkenaan dengan precious metal.
11:14Namun dari segi ekonomi tempatan pula, di sini pentingnya meskipun berlaku kejutan ekonomi luaran dan sebagainya,
11:21dasar yang jelas, dasar yang bersifat reformis itu kalau terus-terus dilaksanakan,
11:26itu akan meningkatkan suatu kredibiliti terhadap kerajaan tersebut.
11:29Dan ini akan meningkatkan appeal ataupun dia punya daya tarikan dan sini akan menarik lagi banyak modal asing ke negara tersebut.
11:37Jadi itu yang sepatutnya mahu dicapai kerana itu akan menunjukkan dari segi leadership dan sebagainya
11:43untuk menghadapi sebarang bentuk cabaran yang bakal kita saksikan pada masa akan datang.
11:48Dan jelas Malaysia sudah masuk mode pilihan daya dan penting untuk kita memahami bagaimanakah ia memberi impak atau kesan
11:54kepada defisit fiskil negara termasuk juga dengan pelaburan.
11:58Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid,
12:01Ketua Ekonomi Bank Muhammad Malaysia Berhad kerana bantu kami faham dan menilai
12:05bagaimanakah ketidakpastian politik ini berpengaruhi keseluruhan hala tujuh Malaysia dan juga hasil negara.
12:11Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih dan setiap perbincangan ini akan kami rangkumkan dalam astrawani.com.
Comments