Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dijadual bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Washington pada rabu bagi membincangkan isu rundingan dengan Iran.
Transcript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijadual bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Washington pada Rabu bagi membincangkan isu rundingan dengan Iran.
00:10Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel, Netanyahu percaya sebarang rundingan mesti merangkumi sekatan terhadap peluru berpandu balistik serta penghentian sokongan terhadap proksi Iran.
00:21Pertemuan pada Rabu itu bakal menjadi pertemuan ke-6 antara kedua-dua pemimpin sejak Trump memegang jawatan sebagai Presiden Amerika setahun lalu.
00:30Pada Jumaat, Iran dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan di Oman dengan Trump kemudian yang memaklumkan rundingan itu akan disambung semula pada awal minggu hadapan.
00:39Selain itu, Trump menyifatkan perbincangan dengan Iran berjalan dengan baik dan Menteri Luar Iran Abbas Araqci berkata,
00:45rundingan menumpukan secara eksklusif kepada program nuklear Iran dan kedua-dua pihak bersetuju meneruskan perbincangan dalam suasana positif.
00:54Namun menerusi temubual bersama Al-Jazirah Qatar, Araqci menegaskan program peluru berpandu Iran tidak boleh dirunding dalam sebarang rundingan dengan Washington.
01:03Ini selepas Washington sebelum ini mendesak Iran, mengehadkan program peluru berpandunya namun Teheran menolak sekeras-kerasnya.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended