Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Malaysia dan India bersetuju untuk memperluas penggunaan mata wang tempatan iaitu Ringgit dan Rupee dalam urus niaga perdagangan dan pelaburan dua hala.
Transcript
00:00Seterusnya, Malaysia dan India bersetuju untuk memperluas penggunaan mata wang tempatan iaitu ringgit dan rupi dalam urus niaga perdagangan dan pelaburan dua hala.
00:10Langkah itu dilihat sebagai antara keputusan paling signifikan dalam kerangka perkongsian strategik komprehensif CSP bagi mengurangkan kos transaksi serta memudahkan penyelesaian pembayaran rentas sempadan.
00:21Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menggunakan mata wang tempatan sejauh yang boleh merupakan ciri luar biasa dalam penambahbaikan hubungan ekonomi Malaysia-India.
00:33Tambahnya lagi, peluang itu harus diterokai dengan sebaik mungkin ketika India sedang melonjak di pentas perdagangan antarabangsa dan Malaysia melihat peluang besar untuk mendapat manfaat dalam konteks ASEAN.
00:51Dalam kenyataan bersama susulan, kedua negara turut mengalu-alukan kerjasama berterusan BNM dengan CBI untuk mempromosi penyelesaian mata wang tempatan dalam perdagangan dan pelaburan,
01:21bagi memastikan transaksi yang lebih cekap serta kos efektif.
01:25Langkah tersebut hadir pada ketika hubungan perdagangan kedua negara mencatat prestasi kukuh dengan jumlah dagangan direkodkan mencecah 18.59 bilion dolar Amerika pada 2025.
01:35Ia sekaligus memberi ruang untuk memperluas lagi perdagangan bernilai tinggi termasuk semiconductor, perdagangan digital, teknologi hijau dan pembuatan termaju.
Comments

Recommended