00:00Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani serta bertukar 11 dokumen kerjasama utama
00:06merentasi pelbagai sektor strategik sekaligus menandakan pengukuhan hubungan di bawah rangka Perkongsian Strategik Komprehensif CSP.
00:14Antara dokumen dimetrai termasuk kenyataan bersama mengenai lautan rasmi modi serta perjanjian produksi bersama audio-visual
00:22yang membuka lebih banyak peluang dalam industri kreatif kedua-dua negara.
00:26Kerjasama dalam aspek kemanusiaan dan keselamatan juga dipertingkat melalui Perjanjian Persefahaman MOU Pengurusan Bencana.
00:34Selain itu, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan MOU membantras dan mencegah rasuah,
00:39manakala peranan Malaysia dan India dalam misi antarabangsa diperkukuh melalui Exchange of Letters
00:44berhubung kerjasama pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
00:48Dalam sektor teknologi berimpak tinggi, kedua-dua negara turut bertukar dokumen mengenai kerjasama semiconductor
00:54mencerminkan usaha bersama membangunkan rantaian bekalan chip global yang lebih kukuh di rantau ini.
01:01Turut diserahkan ialah Perjanjian Rangka Kerja Internasional Big Cats Alliance IBCA
01:06menandakan komitmen kepada usaha pemuliharaan global.
01:10Sementara itu, aspek sosial dan tenaga kerja diperkaya melalui MOC
01:14antara Perkeso dan Employee State Insurance Corporation ESIC India
01:18diikuti kerjasama latihan kemahiran melalui Exchange of Notes dalam TVET.
01:23Dua dokumen tambahan menyentuh kerjasama keselamatan serta sektor kesihatan,
01:28melengkapkan skop perkongsian yang lebih meluas,
01:31pertukaran terakhir melibatkan penyerahan Joint Statement Forum CEO Malaysia India ke-10
01:36oleh wakil industri kedua-dua negara.
01:39Kerjasama ini hadir pada ketika hubungan ekonomi Malaysia-India
01:42berada pada tahap kukuh dengan jumlah dagangan mencecah 79.49 bilion ringgit
01:49atau 18.59 bilion dolar Amerika pada tahun 2025
01:54menjadikan India rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan.
01:58Ekspor Malaysia ke India bernilai 52.3 bilion ringgit
02:02didominasi oleh minyak sawit dan produk elektrik dan elektronik
02:06manakala import pula berjumlah 27.19 bilion ringgit
02:10terutama produk pertanian, petroleum dan kimia.
Comments