Skip to playerSkip to main content
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata pertembungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran merupakan peluang kepada Israel untuk terus menguatkan cengkaman terhadap struktur dalaman pentadbiran republik Islam itu. Menurutnya, Israel sedang berusaha mencari kumpulan yang lebih liberal agar sistem pentadbiran Iran boleh diubah menjadi lebih terbuka dan mesra barat. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Dan sebenarnya Israel mereka mahu untuk infiltrate ke dalam rejim pemerintahan ini untuk melihat kelompok-kelompok yang digelar sebagai mungkin reformis, kelompok-kelompok yang lebih terbuka dan liberal dengan sistem barat dan mereka cuba untuk melobi supaya kepimpinan Iran itu dari dalam sendiri berubah dan approach lebih mesra terhadap barat.
00:21So ini antara yang saya lihat peluang-peluang ataupun ruang-ruang yang diperhatikan oleh Amerika dan juga Israel kerana mereka sangat mahir dalam justify presence di sana bila create instability dan mereka sebenarnya sangat pakar dalam create instability terutamanya di region-region yang kaya dengan sumber dan sebagainya kerana instability itu sendiri justify presence mereka di sana.
00:48Dan jika mereka berjaya untuk mengucar kacilkan lagi negara di Timur Tengah maka Israel di situ akan menjadi satu-satunya dominasi kuasa di Timur Tengah apabila mereka berjaya untuk mereduskan lagi tahap deterrence Iran dan kita maklum Iran ada capability nuklear dan sebagainya.
01:07So ini antara peluang-peluang yang ditunggu oleh Israel untuk melemahkan Iran.
01:10Timur Tengah sudah cukup dengan konflik dan mereka tahu ini semua agenda daripada Zionis Israel dengan sekutu kuat mereka Amerika Syarikat pandangan Prof.
01:20Ok. So terima kasih Nazri. Saya melihat begini ada satu perkara yang sangat menarik iaitu Trump itu sendiri sebenarnya dia berusaha untuk memperolehi apa yang disebut sebagai Peace Nobel Award.
01:41Jadi dengan cara ini sebenarnya beliau cuba mengelakkan daripada berlaku perperangan dan juga cuba untuk kalau boleh maknanya serangan yang dilakukan itu bersifat small scale, skala kecil untuk menukar kepimpinan dan juga mungkin meminimalkan kematian.
02:01Kerana beliau sangat-sangat berharap dan itu kita dapati jelas menggunakan pelbagai saluran dan juga propaganda untuk beliau sentiasa nampak seorang yang cuba mencari perdamaian.
02:15Jadi saya fikir faktor ini juga menjadikan mereka tidak berhasrat untuk melakukan serangan besar-besaran terhadap Iran tapi mereka hanya akan melakukan skala kecil untuk menukar kepimpinan ataupun rejim.
02:27Tapi kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh Trump sehingga ke hari ini sebenarnya beliau lebih seperti kita katakan test power ataupun test the water.
02:41Jadi dia try untuk throw some idea, something kepada sesebuah kerajaan, sesebuah negara seperti cuba mengambil alih Greenland dan juga Canada dan banyak lagi lah usaha-usaha yang dilakukan itu
02:57cuba untuk melihat bagaimana reaksi dan daripada reaksi itu beliau akan mula mungkin melemahkan negosiasi dia dan sebagainya sebagaimana yang berlaku juga terhadap India dan banyak negara lain.
03:10Saya fikir begitu situasinya Nazri dan memang bagi pula negara-negara di Asia Barat kita dapati memang mereka tidak mahu perperangan ini berlaku dan hari ini di Dubai, UAE sedang berlaku World Government Summit
03:28dan juga pada besok hari ini sebenarnya ada satu lagi perkara besar berlaku di Abu Dhabi iaitu negosiasi perdamaian untuk Ukraine-Russia yang mana dihostkan oleh UAE.
03:42jadi kalau kita lihat negara-negara telur ini juga sebenarnya mereka tidak mahu terlibat dalam perperangan dan mereka cuba semampunya
03:48dan barang kita ingat juga bahawa negara-negara kuasa besar termasuk Rusia dan juga China pun sedang melakukan negosiasi melibatkan juga Turki kerana mereka tahu bahawa jika perperangan ini berlaku
04:02ia akan merencatkan segala apa yang dirancang untuk kemajuan ekonomi, geopolitik dan banyak aspek-aspek lain.
04:12Terima kasih telah menonton
Comments

Recommended