00:00Pelancong tempatan dan antarabangsa membanjiri kawasan Niagara Falls pada Sabtu untuk menyaksikan fenomena air terjun separa membeku meskipun suhu berada pada tahap yang sangat sejuk.
00:11Formasi ais yang menyerbungi air terjun, pokok-pokok yang membeku serta aliran air yang sebahagiannya dilitupi ais menarik perhatian ramai pengunjung termasuk penduduk tempatan dan pelancong luar negara.
00:22Pengunjung menyifatkan pemandangan itu sebagai memukau khususnya stalaktit ais dan struktur jana kuasa yang turut dilitupi ais.
00:33Air terjun yang dilitupi ais, persekitaran bersalji serta bongkah ais yang terapung di sungai menjadi latar dramatik mendorong ramai pengunjung merakam detik istimewa salah satu hazanah alam paling ikonik di Kanada.
00:46Faktor cuaca cerah menarik lebih ramai kehadiran pengunjung walaupun suhu berada di bawah paras beku.
00:55Pengunjung menikmati pemandangan dengan lebih selesa dalam tempoh singkat sebelum suhu semakin menurun menjelang malam.
01:02Pihak berkuasa tempatan menasihatkan pengunjung supaya mengambil langkah keselamatan termasuk memakai pakaian musim sejuk yang sesuai serta berhati-hati di kawasan laluan perjalan kaki yang licin akibat ais dan salji.
01:15Fenomena Niagara Falls separa membeku lazimnya berlaku ketika musim sejuk ekstrim namun setiap kejadian tetap menarik minat ramai kerana ia mengubah landscape air terjun ikonik itu menjadi panorama ais yang jarang dapat disaksikan dalam keadaan biasa.
01:31Terima kasih kerana menonton!
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments