00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan negara tidak sewajarnya dinilai hanya berdasarkan ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana semata-mata sebaliknya perlu berakar kepada peningkatan kehidupan serta kebajikan rakyat.
00:16Beliau berkata setiap langkah pembangunan mesti berpaksikan prinsip keadilan dan keperluan masyarakat agar kemajuan yang dicapai benar-benar memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.
00:28Katanya segala usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan perlu memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran sekaligus membolehkan hasil kemajuan dinikmati secara saksama oleh semua.
00:41Jelasnya kerajaan Madani akan terus memperkukuh semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan sebagai teras pentadbiran bagi menjamin keharmonian, kestabilan serta kesejahteraan bersama.
00:52Dalam hari itu, Perdana Menteri telah mengucapkan selamat menyambut ulang tahun wilayah persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sambil berharap wilayah berkenaan terus maju sebagai simbol perpaduan dan kemakmuran negara.
Comments