Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Beberapa kepimpinan negara menggesa supaya semangat kebersamaan terus diperkukuh bagi memastikan Wilayah Persekutuan kekal sebagai wilayah yang selamat, maju dan sejahtera sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026, hari ini.
Transcript
00:00Beberapa kepimpinan negara menggesa supaya semangat kebersamaan terus diperkukuh bagi memastikan wilayah persekutuan kekal sebagai wilayah yang selamat, maju dan sejahtera sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 hari ini.
00:14Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja berperanan sebagai pusat pentadbiran serta nadi ekonomi negara malah mencerminkan kematangan wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya.
00:30Katanya tahun ini tema wilayah persekutuan kita sekali lagi diangkat sebagai peringatan bahawa wilayah ini adalah milik bersama.
00:38Tegas beliau ia perlu terus dipelihara, diperkasa dan dibangunkan agar kekal menjadi ruang yang selamat, maju serta sejahtera untuk didiami.
00:47Menurut Amha Zaid, pencapaian pembangunan wilayah persekutuan hari ini terhasil daripada komitmen berterusan pelbagai pihak merangkumi penjawat awam, komuniti, sektor swasta dan seluruh warga yang menyumbang kepada kemajuan wilayah.
01:00Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadila Yusof berkata, sambutan Hari Wilayah 2016 mengangkat nilai perpaduan, keharmonian serta kerjasama erat dalam memacu pembangunan bersama.
01:11Beliau berkata, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan Malaysia, malah memiliki keindahan dan keunikan tersendiri dengan kepelbagaian budaya serta menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
01:23Sementara itu, Menteri Dijabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Hanayoh, menegaskan sambutan Hari Wilayah Persekutuan membawa mesej jelas bahawa pembangunan bandar mesti berfungsi untuk rakyat dan bukan menyusahkan.
01:35Beliau berkata, Ruang Awam Keselamatan Sejata Takbir Urus Bandar perlu dirangka secara inklusif bagi memastikan pengalaman hidup yang adil, terbuka dan selesa untuk semua lapisan masyarakat.
01:45Katanya, Ruang Awam mesti terbuka, mudah diakses dan aktif digunakan oleh keluarga, belia, warga bekerja, warga emas dan OKU.
01:52Hanayoh turut menekankan keperluan takbir urus bandar yang responsif serta berani membetulkan kesilapan dengan pembangunan infrastruktur dilaksanakan tanpa menjejaskan fungsi sosial bandar.
Comments

Recommended