00:00Panglima Tertinggi Tendera Iran, Amir Khatami, melawangkan amaran bahawa Angkatan Bersenjata Republik Islam itu berada dalam keadaan siap-siaga sepenuhnya untuk mempertahankan negara sehingga ketitisan darah terakhir.
00:12Kenyataan itu dilawangkan ketika ketegangan antara Tehran dan Washington semakin memuncak.
00:19Pihak berkuasa ulama Iran melaksanakan tindakan keras terhadap protes besar-besaran di seluruh negara yang memasuki minggu kedua.
00:26Ini susulan krisis ekonomi, inflasi melambung dan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.
00:33Pantahan itu menyaksikan pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di beberapa bandar utama.
00:39Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berulang kali menyuarakan sokongan terhadap penunjuk perasaan dan memberi amaran bahawa Washington bersedia mengambil tindakan sekiranya Iran terus menggunakan kekerasan terhadap rakyatnya.
00:51Trump juga menggesa Tehran kembali ke meja rundingan bagi mencapai perjanjian pembendungan nuklear atau berdepan serangan yang jauh lebih dahsyat.
01:00Pegawai Amerika memaklumkan pada Jumaat bahawa Trump sedang meneliti pelbagai pilihan ketenteraan terhadap Iran namun belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk melancarkan serangan.
01:10Sebagai tindak balas, Republik Islam Iran menuduh Amerika Syarikat dan Israel sebagai dalang di sebalik pegulakan domestik itu dan memberi amaran akan bertindak balas sekiranya diserang.
01:21Tehran terus memberi amaran kepada sekutu Washington di Asia Barat bahawa pengkalan tentera Amerika di wilayah mereka boleh menjadi sasaran sekiranya Iran diserang.
01:30Menjeluar Iran, Abbas Arachi memberitahu Sian and Turk bahawa seramai 3,100 orang terbunuh dalam protes berkenaan termasuk 2,000 anggota pasukan keselamatan.
01:40Mengulas ancaman tindakan ketenteraan Amerika, Arachi berkata Tehran bersedia untuk berunding atau berperang dan pada masa sama bersedia bekerjasama dengan negara serantau bagi mempromosikan kestabilan dan keamanan.
01:53Washington menegaskan bahawa Iran perlu mengehadkan program peluru berpandunya sekiranya kedua-dua negara mahu menyambung semula rundingan namun tuntutan itu ditolak tegas oleh Tehran.
Comments