00:00Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dan berarak di Minneapolis pada Sabtu bagi membantah operasi penguatkuasaan imigresen yang diperluaskan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di kawasan Twin Cities.
00:13Peradakan itu dianjurkan beberapa kumpulan evokasi termasuk Twin Cities Coalition for Justice dan Jawatan Kuasa Tindakan Hak Imigresen Minnesota sesulan peningkatan kehadiran ejen persekutuan dalam operasi imigresen di bandar berkenaan.
00:30Protes itu tercetus beberapa jam selepas seorang hakim persekutuan Minnesota menolak permohonan untuk menghentikan operasi penguatkuasaan imigresen berkenaan walaupun mengakui wujud bukti kemudaratan serius akibat taktik ejen persekutuan.
00:45Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat Kate Menendez berkata negeri Minnesota telah mengemukakan kes kukuh bahawa operasi tersebut membawa kesan mendalam namun memutuskan bahawa perintah menghentikan sepenuhnya operasi itu adalah keterlaluan.
00:59Keterlaluan selepas Mahkamah Rayuan Persekutuan membatalkan injangsi lebih terhad sebelum ini.
01:06Operasi berkenaan mencetuskan bantahan berterusan selama beberapa minggu.
01:10Sesulan insiden tembakan maut melibatkan Rini Good pada 7 Januari dan Alex Pretty pada 24 Januari yang ditembak ejen imigresen persekutuan.
01:20Rakaman video oleh orang awam yang tular mencetuskan kemarahan ramai dengan pengkritik mempertikaikan dawaan pihak berkuasa bahawa tindakan ejen adalah untuk mempertahankan diri.
01:29Peguam Negara Minnesota Keith Ellison menuduh ejen persekutuan melakukan pemprofilan kaum dan penahanan tidak sah manakala Datuk Bandar Minneapolis Jacob Frey berkata operasi itu telah menimbulkan ketakutan serta mengganggu kehidupan harian penduduk bandar tersebut.
01:47Bagaimanapun, pentadbiran drum mempertahankan tindakan itu sebagai perlu bagi menguatkuasakan undang-undang imigresen sambil menyifatkan keputusan mahkamah sebagai satu kemenangan besar.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments