Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kabinet MADANI setuju cadangan had tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun selepas libat urus menyeluruh dan pindaan Perlembagaan dijangka dibentang di Parlimen.
Transcript
00:00Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan dasar mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
00:07Keputusan itu dibuat mesyuarat pada Jumaat seperti dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.
00:15Datuk Seri Azalina Osman Said.
00:19Dalam kenyataan media pada Sabtu, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Kabinet peneliti secara menyeluruh input dasar pahangan awam
00:26serta syur yang dikemukakan menerusi sesi libat urus holistik.
00:30Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengelakkan penempuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara.
00:40Kerajaan katanya bercadang melaksanakan beberapa pindaan berkaitan pelambagaan persekutuan yang dijangka dibetangkan di Parlimen pada sidang kali ini.
00:47Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rang undang-undang hak tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun atau 2 penggal.
00:54Selain itu, 3 lagi RUU dirancang dibentangkan tahun ini melibatkan pemisahan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, penubuhan ombudsman serta kebebasan maklumat.
Comments

Recommended