Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Syarikat perkapalan Denmark, Maersk akan mengambil alih sementara operasi dua pelabuhan di Terusan Panama daripada syarikat Hong Kong, CK Hutchison, selepas konsesi pengendalian syarikat berkenaan dibatalkan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, syarikat perkapalan Denmark MERS akan mengambil alih sementara operasi dua pelabuhan di terusan Panama daripada syarikat Hong Kong CK Hutchison.
00:11Selepas konsesi pengendalian syarikat berkenaan dibatalkan, menurut pihak berkuasa maritim Panama EMP, Mahkamah Agung Panama pada Khamis membatalkan kontrak Hutchison.
00:21Susulan ancaman berulang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan Washington akan berusaha mendapatkan semula kawalan ke atas laluan air itu kerana didakwa berada di bawah pengaruh Cina.
00:37Terusan Panama mengendalikan kira-kira 40% trafik kontena Amerika Syarikat dan 5% perlagangan dunia dibina Amerika Syarikat sebelum diserahkan kepada Panama pada 1999.
00:51Selain itu, Mahkamah mendapati kontrak yang diberikan kepada CK Hutchison sebagai tidak seimbang dan banyak memihak kepada syarikat dari Hong Kong itu.
01:02EMP memaklumkan pengendali pelabuhan APM Terminals, anak syarikat kumpulan MERS akan bertindak sebagai pentadbir sementara bagi pelabuhan Balboa dan Kristoffel yang terletak di kedua-dua hujung terusan tersebut.
01:14APM Terminals akan mengambil alih daripada Panama Ports Company, subsidi dari CK Hutchison Holdings yang menguruskan pelabuhan berkenaan sejak 1997 menerusi konsensi yang diperbarui pada 2021 bagi tempoh 25 tahun.
01:30Washington mengaluk-alukan keputusan itu namun jurucakap kementerian luar China, Guo Jiakun menegaskan, Beijing akan mengambil semua langkah perlu bagi mempertahankan hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat China.
Comments

Recommended