00:00Nilai jualan program agro-madani mencatatkan 13.25 juta ringgit dalam tempoh sebulan pada tahun ini.
00:09Pengurusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA, Aminuddin Zulkifli berkata,
00:15program tersebut akan diperluas dan diteruskan walaupun dijadualkan berakhir pada Mac ini di Melaka.
00:24Menurut Aminuddin, sebanyak 250 program dilaksanakan di seluruh negara,
00:30dalam tempoh sebulan melibatkan penyertaan seramai 5,527 usahawan tempatan dan kehadiran 440,000 pengunjung.
00:39Program tersebut juga memberikan penjimatan kepada rakyat sebanyak 1.76 juta ringgit.
00:46Pada 2025, nilai jualan program itu mencatatkan 84.14 juta ringgit membandingkan penjimatan rakyat
00:53yang dianggarkan lebih 25 juta ringgit menerusi 4,300 program yang melibatkan 61,891 usahawan tempatan
01:03dan menarik sebanyak 2.63 juta pengunjung.
01:06Setiap penganjuran program jualan madani mendapat sambutan menggalakkan
01:10apabila kehadiran pengunjung mencapai 100% sekaligus melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
Comments