Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
KPM kesan lebih 3,000 sekolah kurang murid setakat Nov lalu dan laksana pelbagai pendekatan termasuk pindah lokasi dan gabung kelas demi akses pendidikan.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan mengesan 3,164 sekolah kurang murid dengan pendaftaran di bawah 150 orang di seluruh negara setakat November tahun lalu.
00:11Ia melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan China dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang memerlukan pendekatan bersasar bagi memastikan akses pendidikan terus terjamin.
00:21Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Wah berkata KPM melaksanakan beberapa langkah termasuk memindahkan lokasi sekolah ke kawasan lebih sesuai bergantung kepada situasi setempat.
00:33Beliau berkata Kementerian juga mengekalkan sekolah tertentu dan menggabungkan murid daripada tahun berbeza ke dalam satu kelas jika masih wujud keperluan pendidikan di kawasan berkenaan.
00:43Menurutnya walaupun jumlah murid hanya sekitar 30 hingga 50 orang, KPM tetap memastikan akses pendidikan berterusan khususnya di kawasan pendalaman dan terpencil.
00:54Perkara tersebut dimaklumkan dalam sedang media selepas majlis pecah tanah SJKC Central Side di Johor Bahru pada Sabtu.
Comments

Recommended