• 10 months ago
Menurut penganalisis, ini selepas kepercayaan pelabur terhadap Amerika Syarikat semakin susut susulan ugutan tarif tambahan oleh Presiden Donald Trump terhadap negara-negara Eropah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga emas meningkat ke paras 4,800 dolar Amerika se-ounce buat kali pertama didorong ke tegangan isu Greenland.
00:08Lonjakan harga itu berlaku apabila pelabur menjual aset Amerika dan meningkatkan pegangan aset selamat mereka.
00:18Harga komoditi itu dilihat naik melebihi paras 4,862 dolar manakala niaga hadapannya meningkat 2%.
00:27Menurut penganalisis ini selepas kepercayaan pelabur terhadap Amerika semakin susut susulan ugutan tarif tambahan oleh Presiden Donald Trump terhadap negara-negara Eropah.
00:39Pada selasa, Trump berkata matlamatnya untuk menguasai Greenland tidak boleh dikompromi walaupun jika perlu melibatkan tindakan ketenteraan.
00:47Bagaimanapun selepas itu, beliau berkata pentadbirannya akan berbincangkan satu penyelesaian yang menguntungkan Amerika dan pertubuhan perjanjian Atlantik Utara, NATO.
00:59Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Eropah tidak akan tunduk kepada pembuli dalam ucapannya di Forum Ekonomi Dunia WEF di Davos, Switzerland.
01:09Konflik tersebut turut menaik turun mata wang dolar ke paras terendahnya dalam tempoh sebulan sekaligus menarik turun harga komoditi yang disandarkan kepada mata wang itu seperti emas, perak dan platinum.
01:22Terima kasih kerana menonton!

Recommended