Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut Internet Watch Foundation (IWF), penganalisis mereka menemukan 3,440 video penganiayaan seksual kanak-kanak dihasilkan AI pada 2025, berbanding hanya 13 pada 2024.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kecerdasan buatan AI digunakan pedofilia untuk menghasilkan ribuan video penganiayaan seksual kanak-kanak tahun lepas.
00:08Menurut aktivis pelindungan kanak-kanak, tindakan itu sekaligus meningkatkan jumlah bahan berkenaan secara mendadak dalam talian.
00:16Menurut Internet Watch Foundation, IWF, penganalisis mereka menemukan 3,440 video penganiayaan seksual kanak-kanak dihasilkan AI pada 2025 berbanding hanya 13 pada 2024.
00:36Keseluruhannya, petugas IWF menangani lebih 312,000 laporan sah imej disalahguna dalam talian pada 2025 iaitu peningkatan berbanding 291,000 pada tahun sebelumnya.
00:51Menurut kajian itu, daripada 3,440 video dihasilkan AI, 2,230 video adalah dalam kategori paling melampau di bawah undang-undang United Kingdom iaitu kategori A dan 1020 adalah kedua paling melampau.
01:08Ketua Ezeketif IWF, Carrie Smith berkata, peningkatan menakutkan dalam video penganiayaan seksual kanak-kanak kategori A melampau di jana AI menunjukkan jenis perkara diingini penjenayah dan ia berbahaya.
01:24Beliau berkata, ketersediaan mudah bahan ini hanya akan menggalakkan mereka yang mempunyai minat seksual terhadap kanak-kanak.
01:31Tambahnya, kerajaan di seluruh dunia mesti memastikan syarikat AI menerapkan ciri-ciri keselamatan mengikut prinsip reka bentuk.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended