00:00Selanjutnya, HRD Corp meluluskan bantuan kewangan sejumlah RM2.62 bilion untuk aktiviti latihan dan pembangunan kemahiran pada 2025, pertumbuhan sebanyak 32% berbanding 2024.
00:13HRD Corp maklumkan terdapat lebih 2.8 juta tempat latihan bagi program dan skim ditadbir oleh agensi kerajaan itu direkodkan pada 2025 yang turut mencatat peningkatan 3% berbanding tahun sebelumnya.
00:30Di sebalik statistik ini, terdapat naratif pertumbuhan dan pembangunan yang lebih relevan.
00:36Sektor yang merekodkan bilangan tempat latihan terbanyak ialah pembuatan dengan lebih 795,000 lokasi pada tahun lepas.
00:43Sektor pembuatan ialah sektor kedua terbesar dari segi sumbangan kepada keluaran dalam negara kasar KDNK yang lazimnya menyumbang antara 23 hingga 25%.
00:54Setakat November tahun lepas, sebanyak 2.4 juta pekerja dicatatkan dalam sektor berkenaan merentasi segmen produk elektrik dan elektronik, makanan dan minuman serta petroleum dan kimia.
01:07Menurut kenyataan itu, purata gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan mencatat perkembangan sebanyak 1.1% dari tahun ke tahun bagi tempoh sama.
01:19Sektor ekonomi penting lain yang memacu ekonomi digital Malaysia ialah komunikasi dan teknologi maklumat, ICT.
01:27Pada 2024, ekonomi digital menyumbang 23.4% kepada KDNK dan dijangka menyumbang 25% pada 2025.
01:36jumlah bantuan kewangan yang diluluskan oleh HRD Corp di bawah revolusi industri 4.0, IR 4.0 ialah RM130 juta.
01:47Terdapat lebih 103,000 tempat latihan yang direkodkan merentasi semua sektor ekonomi digital dan ICT.
01:56Hal ini jelas menunjukkan bahawa pembangunan kemahiran semakin penting kepada daya tahan tenaga kerja dan daya saing perniagaan.
02:03Penyataan itu memaklumkan bahawa industri menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat, saluran bakat yang lebih proaktif dan keperluan pekerjaan yang berkembang.
02:15Justru HRD Corp menumpukan kepada hasil yang praktikal untuk majikan, mudah diakses oleh komuniti dan sejajar dengan hala tuju masa depan pembangunan tenaga kerja di Malaysia dan rantau ASEAN.
02:28Di samping keutamaan latihan yang dipimpin oleh majikan, HRD Corp mengekalkan fokus yang kukuh terhadap akses inklusif kepada pembangunan kemahiran melalui inisiatif yang disasarkan dan sebanyak 18,137 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan kemahiran ini yang melibatkan gabungan geran kerajaan dan dana dalaman HRD Corp.
02:51But nowadays, things change so fast.
02:55Terima kasih.
02:57Terima kasih.
Comments