Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran mendakwa protes antikerajaan yang melanda negara itu selama beberapa minggu kini berjaya dikawal, selepas mengorbankan sekurang-kurangnya 544 orang.

Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi menyifatkan, keadaan kini berada di bawah kawalan penuh dan menuduh Amerika Syarikat serta Israel sebagai dalang mencetuskan keganasan itu.
Transcript
00:00Menteri Luar Iran, Syed Abbas Adhahri menyifatkan, Amerika Syarikat dan Israel adalah dalang yang mencetuskan keganasan dalam protes anti-kerajaan yang melanda Iran.
00:12Kerajaan Iran turut mendakwa mempunyai bukti penlibatan Amerika Syarikat dan Israel, termasuk rakaman senjata yang didakwa, diedar kepada penunjuk perasaan.
00:23Dalam pertemuan dengan diplomat asing di Teheran, Syed Abbas berkata mereka tidak bercakap kosong mengenai dawaan tersebut kerana segala pengakuan tahanan akan didedahkan.
00:35Protes itu sengaja diapi-apikan hingga mendorong suasana luar kawalan sebagai alasan untuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump campur tangan dalam urusan Iran.
00:45Beliau mendakwa amaran Trump mengenai tindakan ketenteraan telah menggalakkan unsur keganasan sambil menegaskan Iran bersedia berperang.
00:55Bagaimanapun, pihaknya masih terbuka kepada rundingan dialog.
00:59Protes anti-kerajaan yang melanda negara itu selama beberapa minggu kini berjaya dikawal sepenuhnya selepas sekurang-kurangnya 544 orang terkorban.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended