Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 543 mangsa banjir di tiga negeri masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Johor merekodkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini.
Transcript
00:00Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN memaklumkan seramai 543 mangsa banjir di tiga negeri masih berada di Pusat Pemindahan Sementara PPS dengan Johor merekodkan pertambahan jumlah mangsa pada pagi Kamis.
00:15Menurut pengurusi JPBN, Datuk Asman Syah Abdul Rahman, jumlah mangsa banjir di Segamat meningkat kepada 159 orang daripada 45 keluarga setakat jam 11 pagi Kamis berbanding 120 orang pada Rabu.
00:29Asman terus memaklumkan bahawa dua sungai di Segamat kini sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 9.21 meter dan jeti Sungai Tekam yang merekodkan 4.09 meter.
00:43Dua jalan masih ditutup sepenuhnya iaitu Felda Tenggaruh 3 di Mersing akibat cerun runtuh dan jambatan kesang Sungai Rambai ditangkap akibat kerosakan jambatan.
00:53Di Sarawak pula jumlah mangsa banjir menurun kepada 348 orang daripada 90 keluarga berbanding 380 orang petang semalam.
01:02Manakala di Melaka jumlah mangsa banjir di Jasin kekal 36 orang daripada 8 keluarga yang berada di dua PPS yang beroperasi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended