Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Pakar Nutrisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Fara Wahida Rezali mengingatkan bahawa tempoh berpuasa hampir 14 jam sehari boleh menyebabkan dehidrasi, sembelit dan gastrik. Beliau menasihatkan agar orang ramai memastikan pengambilan 6 hingga 8 gelas air sehari mengikut panduan yang disyorkan KKM, termasuk pengagihan waktu minum antara sahur, berbuka dan selepas solat tarawih.
Transcript
00:00Baik, berpuasa selama hampir 14 jam sehari berpotensi untuk mendatangkan beberapa masalah kesihatan kepada tubuh badan termasuk dehidrasi, sembelit dan
00:09juga gastrik.
00:10Namun, menurut pakar Nutrisi Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, Farah Wahida Razali, kunci bagi menyelamatkan kesihatan diri daripada masalah ini adalah
00:19dengan mengekalkan 6 hingga 8 gelas minuman sehari tetapi mengikut kepada ketetapan nasihat yang telah diberikan oleh KKM.
00:29Tiga masalah yang biasa kita hadapi iaitu tadi sembelit, dehidrasi dan juga gastrik kebiasaannya.
00:36Jadi, sembelit dan dehidrasi boleh jadi sebab kita kekurangan air masa berpuasa sebab tempoh makan kita dah pendek kan waktu
00:43sahur dan waktu berbuka sahaja.
00:45Jadi, kalau boleh untuk cara pastikan kita dapat cukup keperluan air bagi mengelakkan sembelit dan juga dehidrasi adalah kita tetap
00:54masih perlu minum 6 ke 8 gelas air satu hari.
00:57Dan cara kita nak minum ada beberapa tips yang kita boleh ambil.
01:01Satu, kita boleh minum 2 gelas masa sahur, kemudian 1 gelas masa azan, 1 gelas selepas solat maghrib, 1 gelas
01:11masa kita makan dan 1 gelas selepas kita solat tarawih, 1 gelas lagi adalah selepas kita solat isyak dan juga
01:211 gelas sebelum tidur.
01:22Jadi, baru kita akan lengkap 6 ke 8 gelas air satu hari.
01:27Sementara itu, beliau turut memberikan panduan pemilihan makanan sahur sesuai kepada orang ramai iaitu mereka harus mengamalkan diet sihat termasuk
01:34dengan pengambilan nutrisi yang secukupnya termasuk protein, vitamin dan juga karbohidrat.
01:40Jelasnya makanan yang sesuai diambil ketika bersahur adalah sandwich kerana ia sarak dengan keperluan tubuh ketika berpuasa selama hampir 14
01:47jam sehari.
01:48Beliau turut menyeru agak orang ramai menggunakan pelan pemakanan pinggan sihat KKM iaitu suku-suku separuh.
01:54Menurut Farah, dengan mengambil pendekatan sebegini, mampu menyihatkan lagi tubuh badan selain mampu menurunkan berat badan ketika musim bulan Ramadan.
Comments

Recommended