Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump, kata menteri perdagangan pada Sabtu.
Transcript
00:00Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agong Amerika Syarikat dan tarif baru yang diumumkan Presiden Donald Trump.
00:07Menteri Pelaburan Perdangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Putrajaya mengambil maklum keputusan Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat
00:15yang disampaikan pada Jumaat dan sedang meneliti perkembangan undang-undang serta dasar terbaru di negara itu.
00:24Pada Jumaat, Mahkamah Agong telah membatalkan sebagian besar langkah tarif Trump dengan memutuskan bahawa
00:30seorang Presiden tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mengenakan tarif unilateral secara meluas.
00:36Menerusi satu kenyataan, Johari berkata Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik ART tetapi masih belum diratifikasi
00:45sambil menambah bahawa Washington masih mempunyai saluran undang-undang lain untuk mengenakan langkah perdagangan.
00:50Beliau turut merujuk kepada pengumuman Trump mengenai tarif sementara semenyat 10%
00:54sambil memaklumkan bahawa Malaysia sedang mengkaji skop serta potensi kesannya.
01:00Amerika Syarikat dengan keluaran dalam negara kasar KDNK sekitar $31 triliun Amerika merupakan rakan dagang utama Malaysia.
01:08Pada tahun 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah sekitar RM367 bilion
01:14termasuk RM233 bilion dalam bentuk ekspor Malaysia ke Amerika Syarikat.
01:19Johari sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia terhadap perdagangan terbuka dan berasaskan peraturan
01:26serta berkata kerajaan akan melindungi kepentingan para perekspor, pelabur dan pekerja di seluruh negara.
Comments

Recommended