Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Trump akan melawat China dari 31 Mac hingga 2 April untuk bertemu Presiden Xi Jinping, ketika kedua-dua negara berdepan ketegangan baharu selepas Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar tarif import pentadbirannya.
Transcript
00:00Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi dan Xi Jinping dari 31 Mac hingga
00:062 April ketika kedua-dua negara berdepan dengan ketengangan baru selepas Mahkamah Agong Amerika membatalkan sebagian besar tarif import pentadbirannya.
00:15White House mengesahkan lawatan itu pada Jumaat beberapa jam sebelum Mahkamah Agong membatalkan tarif utama yang digunakan Trump dalam Perang
00:23Perdagangan Global termasuk terhadap China.
00:28Perbincangan Trump dengan Xi Jinping di Beijing dijangka tertumpu kepada usaha melanjutkan kenjatan dagang yang sebelum ini mengelakkan kedua-dua
00:38negara daripada menaikkan tarif tambahan.
00:40Namun keputusan Mahkamah Agong itu menimbulkan persoalan baharu mengenai halatuju hubungan Amerika-Cina yang hanya mula menunjukkan tanda pemulihan selepas
00:49Trump mengurangkan sebahagian tarif sebagai pertukaran terhadap komitmen Beijing.
00:53Tarif 20% ke atas ekspor China ke Amerika sebelum ini dikenakan di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa, IEEPA,
01:02tetapi Mahkamah memutuskan Trump telah bertindak di luar bidang kuasa undang-undang itu.
01:08Bagaimanapun tarif lain ke atas produk China termasuk yang dikuatkuasakan melalui Seksyen 301 dan Seksyen 232 kekal berkuatkuasa.
01:17Lawatan terakhir Trump ke China adalah pada 2017.
Comments

Recommended