Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Angkasawan misi Shenzhou-21, pasukan Ekspedisi Saintifik Antartika China ke-42 dan kru kapal pengangkut pesawat Fujian menyampaikan ucapan Tahun Baharu kepada rakyat China menerusi Gala Tahun Baharu terbitan China Media Group, mencerminkan semangat perpaduan nasional dari angkasa, kutub dan lautan.
Transcript
00:00Angkasawan misi Shenzhou-21, pasukan ekspedisi saintifik Antarctica, China ke-42, serta kru kapal pengangkut pesawat Fujian menyampaikan ucapan tahun baru kepada tanah air dan rakyat China.
00:15Ucapan disampaikan di acara gala tahun baru terbitan China Media Group CMG yang disiarkan pada Rabu.
00:23Dari stesen angkasa China, Komander misi Shenzhou-21, Zhang Lu bersama dua lagi angkasawan menzahirkan harapan agar tahun baru membawa keharmonian, keberanian menghadapi cabaran baru serta kejayaan merealisasikan impian.
00:38Komander misi Shenzhou-21, Zhang Lu dalam ucapannya dari stesen angkasa China mendoakan agar segala harapan rakyat berkembang seiring keharmonian pada tahun baru.
00:48Seorang lagi angkasawan Wu Fei menyeru rakyat China membawa semangat Wen Tian iaitu berani menghadapi perkara tidak diketahui dan mengejar cita-cita yang benar-benar dicintai.
00:59Ketiga-tiga, angkasawan Shenzhou-21 turut menyampaikan ucapan ringkas mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh negara dari orbit bumi menzahirkan simbol perpaduan nasional dalam era penerokaan angkasa.
01:11Pasukan Expedisi Scientific Antarctica China ke-42 yang berada di atas kapal pemecah ais Zhu Long menyatakan komitmen untuk terus meneroka, memahami dan melindungi kawasan kutub pada 2026 sambil mendoakan kemakmuran dan kekuatan berterusan untuk China.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended