Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Langkawi terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama negara menjelang Visit Malaysia 2026 (VM 2026), dengan perancangan pelbagai acara berskala besar sepanjang tahun.
Transcript
00:00Baik, Langkawi terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama negara menjelang Visit Malaysia 2026 dengan perancangan pelbagai acara berskala besar sepanjang tahun.
00:11Ketua Pegawai Ezeketif Langkawi Development Authority LADA, Dato' Sri Iskandar Mohd Kaos, memaklumkan sebanyak 50 acara utama dirancang untuk 2026 merangkumi bidang sukan, budaya dan komuniti sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Lagenda itu.
00:27Menurutnya, Langkawi kekal dikenali sebagai destinasi pelancongan berteraskan keindahan semula jadi dengan landscape yang merangkumi pantai, gunung berusia ratusan juta tahun serta air terjun di samping nilai hospitaliti masyarakat tempatan.
00:43Semuanya adalah semula jadi. Itu adalah tarikan Langkawi yang tersendiri. Yang kita perlu buat hanyalah memperkenalkan keindahan ciptaan Allah SWT ini kepada orang ramai yang mengatakan,
00:57inilah dia Langkawi. There is nothing about artificial about Langkawi. Semuanya steady.
01:04Daripada segi layanan, hospitality, Langkawi terkenal dengan sifat pemurahnya, sifat peramahnya. Jadi ini semua adalah tarikan-tarikan semula jadi yang bukan dibuat-buat oleh manusia untuk menarik para pelancong ke Langkawi.
01:20Seiring persediaan menyambut visit Malaysia 2026, LADA turut merangka pelbagai inisiatif bagi memastikan Langkawi terus kekal relevan dan berdaya saing sebagai destinasi pelancongan utama negara.
01:34Jelasnya, sebanyak 50 acara berskala besar dirancang sepanjang 2016 melibatkan pelbagai segmen termasuk sukan, budaya dan komuniti.
01:432025, kita telah merancangkan 42 program besar yang merangkumi 132 aktiviti yang telah dilaksanakan.
01:53Jadi dengan sambutan yang sangat memberansangkan ini, LADA merancang 50 acara, 151 total kesemuanya.
02:03Dan ini bukan sahaja untuk dilaksanakan oleh LADA kerana LADA ini dia punya kelebihannya ialah keakrapan dia dengan semua agensi yang berada di Langkawi termasuk industri player.
02:17Tambahnya keakraban, LADA dengan agensi lain serta pemain industri tempatan menjadi kekuatan utama dalam menjayakan pelaksanaan program pelancongan di Langkawi secara meluruh dan bersepadu.
02:28Usaha berterusan ini dijangka mampu memperkukuh tarikan Langkawi di peringkat domestik dan antarabangsa sekaligus menyokong aspirasi VM-2006.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended