Penyelarasan pemeriksaan di pintu pelepasan KLIA Terminal 1 yang bermula hari ini menerima reaksi positif pengembara, dengan JKDM memaklumkan aliran pergerakan semakin lancar hasil kerjasama operasi bersama AVSEC dan Malaysia Airports.
00:00Penyelerasan pemeriksaan di pintu pelepasan lapangan terbang terbangsa KLIA, Terminal 1 yang bermula 1 Januari 2016 menerima reaksi positif daripada pengembara sekaligus melancarkan pergerakan di pintu masuk utama negara.
00:14Ketua Pengarah Jabatan Kastam di Raja Malaysia JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin berkata, hasil tinjauan awal pagi mendapati penumpang dan kru penerbangan berpuas hati dengan kelancaran pergerakan susulan pelaksanaan inisiatif baru berkenaan.
00:31Katanya kerja-kerja pengalihan mesin pengimbas JKDM yang tidak lagi digunakan di pintu pelepasan turut berjalan lancar tanpa menjejaskan adiran pergerakan penumpang.
00:41Sebelum ini, media melaporkan pemeriksaan JKDM terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia akan disatukan di pintu pelepasan KLIA Terminal 1 bermula Khamis bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu.
00:54Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, inisiatif berkenaan membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih tersusun sebelum menaiki pesawat sekaligus meningkatkan kecekapan operasi di zon berlepas.
01:06JKDM memaklumkan penambahbaikan proses pengimbasan dan pengesanan kontraban itu adalah sebagian usaha mengoptimumkan aliran trafik di lapangan terbang dengan proses pengimbasan keselamatan di pintu pelepasan Terminal 1 kini dilaksanakan oleh bahagian keselamatan penerbangan AVSAC Malaysia Airpods mengikut piawaian keselamatan penerbangan awam.
01:26Menurut JKDM, pendekatan berasaskan petunjuk risiko, risikan dan analisis trend semasa itu turut memperkukuh kerjasama operasi antara KASTAM, agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia serta AVSAC.
Be the first to comment