Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) membawa perubahan ketara terhadap keselamatan internet di Malaysia dengan mewajibkan platform digital melaksanakan langkah perlindungan lebih kukuh, kaedah pelaporan berkesan serta kawalan interaksi dipertingkat, khususnya bagi melindungi kanak-kanak dan keluarga.
Transcript
00:00Pengguna internet di Malaysia dijangka menyaksikan perubahan ketara dalam aspek keselamatan dalam talian sesulan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau ONSA yang mula berkuatkuasa hari ini dengan tumpuan khusus terhadap pelindungan kanak-kanak dan keluarga.
00:16Berdasarkan soalan lazim FAQ ONSA yang dikeluarkan oleh Suranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, pelaksanaan Akta itu mewajibkan platform digital mengambil langkah keselamatan yang lebih konsisten dan seimbang bagi menangani kemudaratan dalam talian.
00:32Antara penambahbaikan yang boleh dijangkakan termasuk penyediaan maklumat dan garis panduan keselamatan yang lebih jelas, kaedah pelaporan kandungan memudaratkan yang lebih mudah, bantuan pengguna yang lebih responsif serta alat dan tetapan yang lebih baik untuk mengawal siapa yang boleh mencari, menghubungi atau berinteraksi dengan pengguna.
00:51Menurut MCMC, bagi perkhidmatan yang berkemungkinan digunakan oleh kanak-kanak, pelindungan lebih kukuh akan dilaksanakan secara berperingkat termasuk tetapan lalai atau default setting yang lebih selamat, pelindungan privasi yang dipertingkatkan serta kawalan interaksi yang lebih berkesan.
01:07Dalam kenyataan media yang dikongsi sebelum ini, MCMC memaklumkan ONSA memperkenalkan kewajipan jelas ke atas penyedia pengkhidmatan belisin termasuk penyedia pengkhidmatan aplikasi dan platform media sosial untuk melaksanakan langkah keselamatan berasaskan risiko serta mekanizm pelaporan dan bantuan kepada pengguna.
01:26MCMC turut menjelaskan bahawa peruntukan diming di bawah Seksyen 4.6A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kini berkuatkuasa menjadikan platform media sosial yang memenuhi kriteria pelisenan tertakluk kepada kerangka perundangan sedia ada termasuk ONSA.
01:43Menurut Suruhanjaya itu, Pendekatan Kawal Selia Berperingkat Berkenaan bertujuan memastikan platform dalam talian berskala besar yang beroperasi di Malaysia dipantau dengan lebih berkesan dan dipertanggungjawabkan.
01:56ia juga bagi menggalakkan kerjasama erat antara pengendali platform, ibu bapa, pendidik, agensi penguatkuasa serta masyarakat bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended