Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Dalam perutusan sempena tahun baharu 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan Madani akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan.
00:20Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lieutenant General Datuk Azhan Mad Uthman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuatkuasa 1 Januari 2026.
00:37Perintah Hidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari sebagai hukuman untuk menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.
00:50Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Rusili Izan menarik balik pemakluman berhubung keperluan bagi melaksanakan pilihan waya kecil di Dun Cuping, Bintung dan Guar Sanji.
01:06Stadium Nasional Bukit Jala SNBJ yang menjadi gelanggang utama Harimau Malaya memperoleh penarafan cemerlang dengan skor 86% di bawah FIFA National Playing Services Quality Program.
01:20Lokomotif IS-46 di stesen kereta api JB Central menjadi saksi bersejarah penamatan perkhidmatan Korean Express Selatan pada Rabu.
01:30Tiga lelaki warga Cina dakwa di Mahkamah Magistret Georgetown atas pertuduhan mengedah dadah methamphetamine seberat lebih 26kg pada 20 Disember lalu.
01:42Satu kemelangan kereta api berhampiran Machu Picchu Peru mengorbankan seorang pemandu dan mencederakan 40 lain termasuk pelancong asing.
01:53Presiden Kazakhstan Kasim Jomad Tokayif menandatangani Undang-Undang Baharu yang melarang sebarang propaganda berkaitan LGBT dan pedofilia di media, rangkaian telekomunikasi serta platform dalam talian.
02:08Disney dilaporkan bersetuju membayar penalti sivil berjumlah $10 juta Amerika bagi menyelesaikan dawaan pelanggaran Undang-Undang Privasi Kanak-Kanak Persekutuan melalui kandungan populernya di YouTube.
02:22Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended