00:00Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat SAR Agustin Fernando Nyalong, remaja lelaki 14 tahun yang dibaham buaya di JT Sungai Kelai, rumah jingga Pulau Brut, Daro, masih belum berhasil.
00:14Hasil pemeriksaan terhadap tiga perangkap buaya yang dipasang sebelum ini didapati tidak membuahkan hasil.
00:21Pada jam 8.05 pagi, pasukan SAR menerima taklimat operasi daripada Polis Diraja Malaysia, PDRM, sebelum memulakan pencarian menggunakan dua bot pada jam 8.30 pagi.
00:34Seramai 12 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi tersebut.
00:38Operasi pencarian menggunakan bot ditamatkan sementara pada jam 10.27 pagi sebelum pasukan Sarawak Forestry Corporation, SFC, meneruskan usaha memasang umpan tambahan di beberapa lokasi baharu bermula jam 10.40 pagi.
00:56Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK, rumah jingga, melibatkan seramai 17 penduduk menggunakan lima bot turut menjalankan pemantauan di kawasan pesisi dan hili sungai.
01:07Setakat jam 12.50 tengah hari, pemantauan turut diteruskan oleh Sarawak Coast Guard di kawasan hili sungai namun mangsa masih belum ditemui.