00:00Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara PPS, susulan banjir di Terengganu direkodkan 313 orang daripada 94 keluarga.
00:13Menurut kemas kini di portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM setakat jam 5 petang Sabtu,
00:19kesemua mereka kini ditempatkan di 4 PPS yang dibuka, masing-masing di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun.
00:26Kuala Nerus merekodkan jumlah mangsa paling tinggi sebanyak 254 mangsa dari 76 keluarga, diikuti Kuala Terengganu dengan 60 mangsa dan Dungun pula 4 mangsa.
00:39Menurut laporan terperinci di portal berkenaan, 2 buah PPS dibuka di Kuala Nerus, manakala Kuala Terengganu dan Dungun masing-masing 1 PPS.
Comments