Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Onn Hafiz menegaskan gangguan air di Simpang Renggam dan Benut berpunca daripada kemarau serta paras sumber air menurun, bukan pembangunan pusat data. Penjadualan Bekalan Air Berjadual turut ditamatkan selepas operasi loji kembali stabil.
Transcript
00:00Gangguan bekalan air yang berlaku di Simpang Renggam dan Benut Puntian sebelum ini bukan berpunca daripada pembangunan pusat data seperti
00:07didakwa sesetengah pihak.
00:09Sebaliknya, ia disebabkan faktor kemarau berpanjangan serta penyusutan paras sumber air mentah.
00:15Menurut Menteri Besar, Datuk Awan Hafiz Ghazi, kenyataan Pemuda Pakatan Harapan PH Johor yang cuba mengaitkan gangguan bekalan air dengan
00:21pembangunan pusat data di negeri itu adalah tidak tepat dan berunsur politik.
00:29Beliau berkata tiada sebarang pusat data beroperasi di kawasan Simpang Renggam dan Benut seperti yang didakwa.
00:36Tegasnya, beliau memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda Pakatan Harapan yang cuba mengaitkan gangguan bekalan air di Simpang Renggam
00:45dan Benut dengan pembangunan pusat data di negeri ini.
00:49Ujarnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda Pakatan Harapan Johor berunsur politik dan tidak bertanggungjawab.
00:57On Hafiz berkata, loji rawatan air LRA Simpang Renggam adalah loji utama yang membekalkan air terawat kepada sebahagian kawasan di
01:06daerah Keluang dan Pontian Utara.
01:08Dalam pada itu, beliau berkata bekalan air berjadual BAB yang bermula 7 Februari lalu termasuk penjadualan 48 jam tanpa bekalan
01:18air mengikut zon kini ditamatkan sepenuhnya susulan paras air empangan macab serta operasi loji rawatan air yang kembali optimum selepas
01:27tempoh pemantauan rapi.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended