Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hospital Al-Awda di Semenanjung Gaza berdepan risiko menghentikan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan selepas bekalan elektrik terputus akibat kekurangan bahan api susulan sekatan Israel.
Transcript
00:00Pihak Hospital Al-Auda di Semelanjung Gaza memaklumkan mungkin terpaksa menghentikan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan.
00:10Ini kerana pihak tersebut memaklumkan bekalan elektrik hospital itu kini terputus akibat kekurangan bahan api susulan daripada sekatan berterusan Israel ke atas Gaza.
00:20Menurut mereka, bekalan bahan api untuk menghidupkan generator sokongan hampir habis berikutan sekatan berterusan meskipun terdapat perjanjian gejata senjata dengan Hamas.
00:31Kesan daripada itu telah mengakibatkan banyak perkhidmatan di beberapa jabatan hospital terpaksa digantung.
00:39Selain itu, Persatuan Kesihatan dan Komuniti Al-Auda yang menguruskan hospital itu juga memaklumkan semua pembedahan yang dijadualkan di semua jabatan terpaksa dibatalkan.
00:49Bagaimanapun, Persatuan tersebut memutuskan untuk meneruskan perkhidmatan perubatan di jabatan kecemasan dan wad bersalin bagi mengekalkan perkhidmatan penting pada tahap minimum.
01:01Jelas Persatuan itu keadaan berkenaan boleh membawa kesan serius khususnya kepada pesakit yang memerlukan pembedahan segera serta rawatan perubatan khusus.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended