Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
AGC turut mengingatkan semua pihak agar menghormati proses perundangan, termasuk tindakan merayu yang telah diambil oleh Datuk Seri Najib Razak, yang juga bekas Perdana Menteri.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara EJC menegaskan dakwaan kononnya keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah addendum telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan yang di-Pertuan Negeri berhubung kuasa pengampunan adalah tidak benar sama sekali.
00:18Menurut EJC, dakwaan berkenaan tidak mencerminkan alasan sebenar yang telah dihuraikan Mahkamah Tinggi dalam keputusannya.
00:25Jelas jabatan itu, Mahkamah Tinggi telah menegaskan kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif yang di-Pertuan Agong yang dijamin di bawah perkara 42 kurungan 1 Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang diputuskan dalam keputusan terdahulu Mahkamah Atasan.
00:41Namun begitu perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa dalam menjalankan kuasa prerogatif tersebut, yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta yang di-Pertuan Negeri akan bersidang bersama lembaga pengampunan dalam memutuskan sesuatu permohonan pengampunan.
00:56Sehubungan itu, EJC menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan sebenarnya telah menghuraikan secara terperinci perjalanan kuasa yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan yang di-Pertuan Negeri.
01:09Ia sekaligus memperkukuhkan serta mengesahkan kerudukan dan kuasa institusi diraja khususnya dalam hal ehwal pengampunan.
01:16Tambah EJC lagi, hakim dalam penghakiman lisannya telah mengiktiraf kuasa prerogatif yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta yang di-Pertuan Negeri.
01:26Jabatan itu turut menegaskan sebarang tindakan atau kenyataan yang berunsur menghasut serta berpotensi menggugat ketentraman awam melalui tafsiran yang salah terhadap penghakiman mahkamah adalah amat tidak wajar.
01:38EJC juga mengingatkan semua pihak agar menghormati proses perundangan termasuk tindakan merayu yang telah diambil oleh Najib yang juga bekas Perdana Menteri.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended