Bercakap kepada media tempatan di sebuah pameran perdagangan pada Isnin, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata undang-undang yang dinamakan ‘Undang-Undang Menjamin Navigasi Bebas dan Perdagangan Menentang Lanun di Lautan Dunia’ telah diluluskan dalam perbincangan pertama di parlimen dan dijangka menjadi undang-undang dalam beberapa hari.
00:00Dalam perkembangan berkaitan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengumumkan pada Isnin, Kongres meluluskan undang-undang yang bertujuan melindungi perdagangan maritim negara.
00:10Langkah itu menyusul selepas tindakan Amerika Syarikat berampas kapal tangki minyak yang melalui perairan antarbangsa berhampiran negara itu.
00:30Undang-undang tersebut yang merangkumi hukuman penjara sehingga 20 tahun
00:57bagi mereka yang menyokong tindakan yang dianggap Caracas sebagai lanun adalah tindak balas langsung ke atas tindakan Amerika terhadap kapal minyak Venezuela yang dikenakan sekatan.
01:08Untuk rekod, minggu lalu Presiden Donald Trump umum sekatan terhadap kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan ketika memasuki dan meninggalkan Venezuela.
01:17Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada kempen tekanan pentadbiran Trump terhadap kerajaan Maduro.
Be the first to comment