Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Berperanan sebagai pusat perdagangan setempat , KPD Avenue beroperasi selama 24 jam, bermula dengan pasar borong seawal jam 3 pagi diikuti pasar harian pada waktu siang dan aktiviti malam termasuk medan selera.
Transcript
00:00Pasar Harian dan juga Sunset Deck Kooperasi Pembangunan Desa, KPD Avenue di Teluk Likas,
00:07bakal merancangkan lagi sektor pertanian dan perikanan setempat.
00:11Perperanan sebagai pusat perdagangan setempat KPD Avenue beroperasi selama 24 jam,
00:16bermula dengan pasar borong seawal jam 3 pagi, diikuti pasar harian pada waktu siang dan aktiviti malam, termasuk medan selera.
00:25Model rantaian perniagaan yang dilaksanakan KPD membuka peluang kepada golongan belia
00:32untuk menjadi pemborong dan peniaga sekaligus memperluaskan pasaran hasil perikanan ke daerah sekitar
00:38seperti Kota Belut, Ranau, Keningau dan Tenom.
00:42Dirasmikan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jafar,
00:47ia antara usaha kementerian untuk memperkasa pemasaran hasil pertanian dan perikanan tempatan
00:52selain merancangkan aktiviti ekonomi yang berterusan.
00:56Menurut Jamawi, promosi yang lebih agresif perlu bagi menarik kehadiran pemborong,
01:00pengusaha serta orang ramai ke kawasan berkenaan.
01:03Kerana kita ada pasar borong yang bermula pada jam 3 pagi hingga 6 pagi.
01:09Kemudian 6 pagi kita bermula dengan pasar harian hingga jam 3 petang.
01:13Kemudian malam adalah aktiviti di sini dan juga di food court.
01:18Jadi tempat ini tidak sunyi sepanjang 24 jam.
01:20dan saya akan turun lagi untuk kompromosi cara saya membantu agensi-agensi adalah menggunakan media sosial saya sendiri.
01:29Jamawi berkata antara usaha yang dilaksanakan termasuk turun padang secara konsisten
01:33serta memanfaatkan platform media sosial bagi membantu agensi-agensi di bawah kementeriannya.
01:38Selain itu penambahbaikan berterusan terhadap operasi dan infrastruktur pusat jualan hasil makanan
01:44telah memberi impak positif kepada jualan.
01:46Apabila kita pergi sabmah baru-baru ini, saya mendapat feedback yang cukup baik daripada pelanggan,
01:52daripada customer, daripada pemborong-pemborong.
01:54Mereka minta ada penambahan-penambahan-penambahbaikan
01:57dan saya secara langsung mengarahkan kepada pengurusan sabmah untuk membuat penambahan dan pembaikan.
02:02Dan jualan pun telah meningkat.
02:04Lebih ramai orang membeli.
02:07Anak-anak muda datang sebagai pemborong
02:10supaya mereka boleh menjual ikan di Kota Belut,
02:13menjual ikan di Ranau, menjual ikan di Keningau, di Tenam.
02:16Jadi, ianya adalah satu rantaian perniagaan
02:19yang membolehkan semua keseluruhan masyarakat mendapat impaknya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended