00:01Penganalisis memberi amaran bahawa pelantikan ahli Parlimen Sepanggar Mustafa Sakmut sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
00:08berisiko menjejaskan kelangsungan politiknya sekiranya Ketua PKR Sabah itu gagal membuktikan kemajuan ketara
00:16dalam tutupan 40% hasil yang sekian lama dijanjikan kepada negeri berkenaan.
00:22Lee Kok Tiong dari Universiti Malaysia Sabah atau UMS berkata Pakatan Harapan sedang berdepan gelombang penolakan di media sosial
00:31dan pelantikan Mustafa dilihat sebagai langkah taktikal untuk mengukuhkan kedudukan gabungan itu di Sabah
00:38selepas prestasi hambar dalam PRN negeri baru-baru ini.
00:43Penganalisis politik juga dari UMS Rom Zee Al-Tiong bersetuju bahawa Mustafa yang sebelum ini merupakan timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
00:51berdepan cabaran besar dalam peranan baharunya berikutan rasa tidak puas hati terhadap kelewatan pelaksanaan hak Sabah
00:59untuk menerima 40% hasil persekutuan yang diperoleh daripada negeri itu.
01:06Syahrudin Awang Ahmad dari Universiti Sama berkata
01:09keutamaan segera Mustafa ialah mendesak pelaksanaan penuh peruntukan Perjanjian Malaysia 1963
01:16serta memastikan pengagihan sumber dan peruntukan kewangan yang adil untuk kedua-dua wilayah.
01:24Seorang lagi penganalisis Bill Cibala berkata Mustafa perlu membina keyakinan awam di Sabah dan Sarawak
01:31bahawa portfolio-nya benar-benar berfungsi sebagai saluran menuntut hak yang dijanjikan dalam MA63.
01:40Zahrul Alam, Yahya Syahir, FMT
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments