00:00Penganalisis politik berbeza pandangan mengenai peluang UMNO dan Barisan Nasional menang lebih banyak kerusi sekiranya parti itu meneruskan cadangan kolaborasi agung dan rumah bangsa bersama Perikatan Nasional.
00:13Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, peluang UMNO lebih positif jika bekerjasama dengan PN kerana boleh bertanding di lebih banyak kawasan majoriti Melayu.
00:23Manakala Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula berpandangan sejarah buktikan UMNO pernah menang banyak kerusi tanpa bergantung kepada PAS.
00:34Azmi berkata berdasarkan keputusan pilihan raya selepas PRU15, penyokong Pakatan Harapan tidak memberi undi kepada calon UMNO dan BN apabila dua gabungan itu bekerjasama.
00:45Katanya selepas kerjasama BN-PH selepas PRU15, siri PRN dan PRK mengikut sejarah 2-3 tahun lalu, penyokong PH dilihat tidak selesa mengundi calon UMNO.
00:58Sementara itu, Zaharuddin berpandangan UMNO tidak perlu bergantung kepada PH atau PN untuk memenangi banyak kerusi, sebaliknya memerlukan reformasi dalaman, kepimpinan berwibawa dan strategi menyeluruh.
Comments