Skip to playerSkip to main content
Pemandu treler rempuh tol tidak mengaku pandu bawah pengaruh dadah

Seorang pemandu treler yang tular dalam insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin atas satu pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Noor Azlan Rahman, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760599/berita/semasa/pemandu-treler-rempuh-tol-tidak-mengaku-pandu-bawah-pengaruh-dadah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #ShahAlam #Kemalangan #PemanduTreler #Dadah
Transcript
00:00Seorang pemandu trailer yang tular dalam insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning,
00:06Leburaya Shah Alam Kesas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Shah Alam pada Isnin
00:12atas satu pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
00:17Nur Azwan Abdul Rahman, 48 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Magistret Amira Mastura Khamis.
00:27Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa memandu kenderaan berat berkenaan di bawah pengaruh dadah
00:35dan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di Lorong Plaza Tol Kemuning dari Kelang ke Kuala Lumpur, Leburaya Kesas,
00:43pada jam 9.11 malam 10 Disember lalu.
00:46Dia dituduh mengikut Seksyen 44-1A-A Akta Pengangkutan Jalan 1987
00:56yang membawa hukuman penjara antara 7 hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
01:08Semasa proseding, timbalan pendakwa raya Nurul Akhilah Rosmi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000
01:16dengan seorang penjamin.
01:18Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kadar itu dikurangkan
01:24kerana dia perlu menjaga ibu bapa yang uzur termasuk anak saudaranya yang masih kecil.
01:30Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak,
01:33Amira Mastura membenarkan tertuduh di ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended